Tuesday, May 31, 2011

Homestay Kucing Cuti Sekolah penggal Ke2

Sepasang kucing yang begitu gebu dan comel datang ke homestay Kucing Utara untuk beberapa hari sempena cuti sekolah penggal kedua 2011.Mari berkenalan dengan kedua-duanya dan mereka ini menjadi tetamu kucing utara serta tidak banyak kerenahnya serta mudah mesra.

Tetamu Pertama:
Nama : Bobot
Baka : Maine Coon
Jantina : jantan
Jenis Bulu: panjang & chincilla 
Makanan harian: Royal canin

Tetamu kedua:
Nama : Bella
Baka :Persian
Jantina :Betina
Jenis Bulu: Panjang dan "solid white" serta "pointed cream color" 
Makanan harian: Royal canin

Kunjungan: Pertama kali
Tempoh penginapan di Homestay Kucing Utara: 28th May-31st May 2011

2 comments:

Lan PJ said...

Salam. Pada malam 30hb May 2011, Anak2 kucing saya terkena serangan kutu dan agak kronik dan ibunya pula boleh sakit mata pulak dan menyebabkan saya cemas. Jadi pada 31hb May 2011, saya dan kawan serumah saya terpaksa ambil EL half day untuk ke klinik veterinar untuk pemeriksaan keatas kucing2 saya dan yang paling penting adalah untuk mengetahui adakah kutu kucing2 saya akan bejangkit keatas saya dan kawan saya takut2 akan menjangkiti kawan2 sekerja pulak di pejabat. Doc diklinik haiwan itu telah maklumkan pada kami kutu2 ini juga boleh menjangkiti kami dan kami telah mengubati kucing2 kami dan untuk mengambil langkah2 pencegahan kami juga menggunakan ubat kutu yang dibeli di farmasi. Setelah selesai kami pun masuk pejabat pada sebelah petang. Yang menjadi persoalannya adalah, kawan saya dimarahi bosnya dengan teruk sekali kerana mengambil EL half day hanya kerana kucing (kerana tidak penting katanya) dan tidak memberi peluang kepada kawan saya itu untuk menerangkan situasinya. Kami sedih sekali keatas apa yang berlaku. Ada tak persatuan haiwan kesayangan yang membela nasib pekerja seperti kami dan ada tak peruntukan undang2 untuk membela haiwan kesayangan kami ini untuk diberikan keutamaan pemeriksaan kesihatan? Kepada sesiapa yang dapat membantu, tolong kami. Kami hanya terlalu sayangkan haiwan perliharaan kami... Sedih....

Kucing Utara said...

sya xpasti ada ke X ..untuk kes mcm ni...cuba di facebook mungkin ada kelab kucing yg boleh membantu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...