Tuesday, May 24, 2011

kenapa kucing memindahkan anaknya

Kucing yang hidup semujadinya dalam hidupan liar dan luar akan memindahkan anak-anaknya beberapa kali sekiranya terhidu bahaya keselamatan dari ancaman luar.Secara semulajadinya, ibu kucing akan kerap berpindah randah dari satu sarang ke satu sarang baru untuk mengelakkannya dari mudah diserang.


Perkara ini juga tidak terkecuali kepada sebarang kucing kerana bersifatkan sama seperti hidupan singa yang menjaga anak-anaknya sendirian tanpa bantuan dari sesiapapun.Walaupun kucing dari baka-baka yang baik seperti Persian,Turkish,Birman ataupun sebarang jenis baka lain , sifat ini masih lagi dialami oleh semua kucing walaupun tidak pernah terdedah kepada hidupan liar termasuk kucing "Indoor"...


 Dalam beberapa minggu pertama selepas anaknya dilahirkan ,ibu kucing akan rasa tertekan serta gelabah malah masih keadaan ketakutan terhadap ancaman luar.Terutamanya jika persekitaran kawasan "sarang" yang terdedah seperti:
> Mudah dilihat oleh sesiapa saja
>Cerah dan terang kawasan tersebut
>Terlalu lapang dan luas
>Tempat yang bising

***Keadaan mudah tertekan ataupun "stress" mudah dihadapi oleh ibu kucing yang melahirkan anaknya buat pertama kali dalam hidupnya dan ianya menjadi terlalu sensitif terhadap persekitarannya.Ini mendorongnya memindahkan anaknya sekerap yang mungkin sehingga ianya rasa selamat****

10 comments:

Ieza2fyza said...

patutlah sally ari tu slalu sgt alih anak2 dia....

Anonymous said...

kucing kat rumah tak macam tu pun... abnormal ke??

LanPJ said...

Nak tanya...
Kucing saya baru melahirkan baby pada 21 may lepas, 2 hari lalu sehingga sekarang ni kan, dia asyik mencuba untuk memindahkan baby dia dan saya terpaksa melarang atau meletakkan kembali baby dia kat tempat asal/bilik tidur dia disebabkan saya duduk di apartment. Menjadi kesalahankah perbuatan saya itu??

Kucing Utara said...

LanPJ..dia ubahkan anaknya sbb rasa Xselesa & selamat,letakkan kmbali ke tmpatnya xkan mengelakkanya ubah lgi...Kalau boleh tu ,biarkan dia ubahknnya ke tempat yg dia rasa sesuai..atupun utk mudahkannya..letakkannya dlm cage bersama dgn anaknya..ditmpat yg tersorok skit...

Kucing Utara said...

RedVixen...klau mcmtu..kucing tu kira dh berpengalaman la dan Normal..

LanPJ said...

Terima kasih..

NoRHaNa CorNER said...

ada satu sbb lagi kenapa kucing alihkan baby2 diorg..based on my experience.bila saya gantikan kain yg bersih sbg lapik slps si ibu lahirkan anak.
last2 kene letak balik kain yg sama ms lahirkan baby utk elakkan ibu kucing alihkan anak2 nya

shakirah said...

nak tanya kucing saya baru je lepas lahirkaan anak jumaat lepas kitaorg sediakan kotak kat luar umah pastu skrg nih dia sebok2 cari tempat lain cam nak pindahkan anak2 dia. leh ka kita angkat kotak tu masa dia masuk nyusukan anak. atau sediakan kotak baru kat tempat lain pastu suh dia sendiri pindahkan anak dia..

Kucing Utara said...

selagi kotaknya yang asal dn tmpat yg nk dipindahkn tu tersembunyi sbb ibu kucing selesa jika tmpat baru yang tersorok

me_NFI said...

Ibu kucing sy pindahkan anak duk bawah katil. Sy pindahkan semua masuk kotak balik. Selang beberapa hari, dia pindahkan semula anak2 duk bawah katil. Boleh ke kalau sy biar ja duk bawah katil? Atau sebaiknya pindahkan balik letak dlm kotak. Rasa dah bagi cukup privasi, jarang jenguk anak2 dia. Tp still pindah jugak.. Xlarat nak layan karenah.. Huhu any tips?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...