Monday, May 30, 2011

Kitten datang Homestay

Pada hari khamis yang lalu ,2 ekor anak kucing datang menginap di Homestay Kucing Utara dan kedua-duanya masih lagi dalam penyusuan serta belum lagi boleh memakan makanan pejal lagi ,tambahan giginya pun masih belum tumbuh lagi.

Anak kucing ini  masih lagi bergantung sepenuhnya kepada ibunya dalam penyusuan ,namun telah terbiar dan oleh kerana tingginya kasih sayang terhadap anak kucing yang terbiar,lalu diambil oleh seseorang yang begitu sayangkan kucing.Walaupun diri sendiri agak sibuk dengan kerjaya tetapi berusaha menyusui anak kucing ni sebaik yang mungkin di dalam jadual masa yang begitu terhad.

Pengalaman ni dikongsi bersama Kucing Utara dalam penjagaan anak kucing ini,selalunya Homestay dikunjungi  "tetamu" yang sudah berdikari dari segi pemakanan dan sebagainya.Tetapi, kali ini pula memang betul-betul jadi pengasuh sebab perlu menyusui anak-anak kucing dalam setiap 3 jam sekali serta juga perlu membersihakan kain hamaparan tidur mereka untuk elakkan kelembapan yang boleh mengugat suhu badan mereka yang masih rendah.

Keadaan "janggut" nama anak kucing ini dibawah jagaan Homestay Kucing Utara dan sedang meminum susu dari picagari ."Janggut" dan seekor lagi yang belum diberikan namanya, agak mudah menyesuaikan dirinya dengan penyusuan sebegini dan akhirnya sudah pun tahu menghisap dari botol susu.

***Petang tadi, Tuannya terus datang mengambil kedua-dua anak kucing ini selepas pulang dari kerja dan amat bersyukur kerana kedua-duanya sudah pun pandai menghisap susu dari botol dan ini memudahkannya meminum susu sehingga kenyang***

3 comments:

adik412 said...

salam. reena ni. anak2 kucing ni aktif.dah pandai melompat sesama depa. semalam depa dok panjat keluar dari kotak..jadi mau tak mau...kena letak depa dok dalam cage. jenuh jugak ikat dawai besi keliling cage.

Kucing Utara said...

ok tu..depa dh pandai...dan mula bermain-main...next, Reena kena ajar makan dryfood tu(yg bgi aari itu yg premium catfood IAMS)....dan boleh beli dry food dri sya..

adik412 said...

dah tumbuk bagi halus sikit...tapi tak nampak luak pun...dok macam tu aja. air pun tak luak2. buat masa ni dok balik lagi during lunch time bagi kittens minum susu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...