Monday, May 9, 2011

Kucing bunyikan"purring" terkuat di dunia

Kebanyakan kucing akan berbunyi “purr” dalam lingkungan bacaan 25 dB- decible (iaitu unit untuk bunyi).Namun begitu, seekor kucing dari Pittsford,Northhampton  di England telah membuat rekod dunia dengan mengeluarkan bunyi “purr”nya pada 67.7 decibles.Ianya telah disahkan oleh Guinness World Records sebagai kucing yang membunyikan “purr” yang paling kuat bunyinya di dunia.

Sebagai rujukan ,bunyi 67.7 decible ini lebih kurang sama seperti tahap kebisingan bunyi yang dikeluarkan oleh vacuum cleaner,mesin basuh ataupun mesin rumput dalam jarak 1 meter
Kucing ini bernama “smokey” dan sudah pun berumur 12 tahun serta jenis corak bulunya adalah “Gray & White Tabby”.kucing ini dimiliki oleh Ruth Adams.Menurut tuannya, Smokey juga membunyikan “Purr”nya ini ketika sedang makan dan ini agak pelik bagi seekor kucing.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...