Nufnang Ads

Friday, May 20, 2011

Umur Kucing dewasa

Umur kucing dewasa pula menjadi tanda tanya kepada kita kerana untuk tentukan samada ianya dah masuk alam kedewasaan.Ini penting untuk memahami ketika bilakah kucing itu bersesuaian untuk mengawan serta jenis pemilihan makanan yang bersesuaian untuknya(penukaran makanan kitten food ke adult food).

Secara semulajadinya ,kucing akan mencapai kematangannya ketika berumur satu tahun dan ketika ini juga sesuai baginya untuk memakan makanan kucng yang dirumuskan untuk kucing dewasa "adult catfood".
Jika, "adult catfood' diberikan terlalu awal kepada kucing ,tiada sebarang masalah cuma makanan ini lebih utamakan kepada kehendak kucing dewasa tetapi kurang sedikit dari segi zat & vitamin jika diberikan kepada kucing bawah umur.


Semasa kucing mencapai umurnya 6 tahun keatas, kucing sudahpun mencapai umur seperti kita dalam lingkungan 40 tahun  jika dibandingkan dengan umur kita dan semasa ianya mencapai umur 10 tahun , semasa ini boleh dianggapkan sebagai era kemasukannya ke alam warga emas ,di mana penjagaan dan pemakanannya adalah sangat penting.


3 comments:

faidah misnan said...

muda kucing dRI kita..
heee :)

Famili Ceria said...

beza byk gila umo kuceng...

Black_roses92 said...

sebab tu kucing cepat besar.. sebab dorg hidup tak lama mana if dibandingkan dgn manusia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...