Nufnang Ads

Monday, June 6, 2011

Kucing pulang walaupun ditinggalkan jauh

Kucing adalah haiwan yang amat pintar dan cerdik sama seperti burung yang terbang beribu-ribu batu pun tahu tempat asalnya serta tidak akan tersalah aral merentasi lautan pasifik.Antara yang ketara adalah keupayaannya menjejaki dan menjelajah kembali ke rumah asalnya yang dia sudah hidup dengan tuannya.Perkara ini selalu kita dengar, bila ada orang yang membuang kucingnya jauh-jauh namun boleh balik sendiri.....

Fakta mengenai keupayaan kucing menjelajah:
Secara sainstifiknya kucing berkebolehan mencari semula tempat asalnya kerana kucing menggunakan faktor alam sebagai rujukannya untuk mencari jalan pulang iaitu :
> Kedudukan darjah sudut matahari-Kucing merujuk kepada kedudukan matahari yang berbeza mengikut tempat dan akan terus berjalan pulang sehingga ianya menghampiri ke kedudukan sudut matahari yang ianya sudah ketahui yang itulah tempat asalnya.
**kaedah ini lebih kurang sama seperti GPS dan kucing ada sistem GPSnya sendiri***
> MagneticField  bumi-Keadaan daya magnetic field bumi juga sebagai panduannya untuk mendapat arah yang betul menghala ke tempat asalnya.Ini amat penting kepadanya dan banyak membantunya ketka berjalan waktu malam kerana ketiadaan matahari.

Hasil Ujikaji mengenai Navigation kucing:
Disebabkan ingin memahami keadaan kebolehan kucing mengenai "Navigation skill" ini,kajian telah dibuat mengenainya untuk membuktikan keupayaan itu adalah benar ataupun tidak....
> Kucing ditinggalkan beberapa batu di tempat yang jauh dan hasilnya seperti yang dijangkakan ianya muncul di depan pintu.
>Kucing yang dipakai rantai magnet juga ditinggalkan beberapa batu dari tempat tinggalnya dan TIDAK MUNCUL langsung ke tempat asalnya..
Ahli kajian ini merumuskan kucing yang memakai rantai magnet itu sudah tidak tahu mencari jalan pulang kerana magnet di lehernya mengelirukan arah sebenar dari "magnetic field" bumi....dan dalam kekeliruan itu ianya tersasar arah dan tidak berupaya menjejaki tempat asalnya...

7 comments:

kpah k-poh said...

kucing akak yg Jantan tu..tak balik2 dah...mungkin dah di ambil orang..hmmm..

Cat4U said...

hmmm....mmg rasanya dah diambik orgla tu...klau x balik mcm kucing persian sy namanya Pak Abu

eclipsesweet said...

wahh... menariknya.. tq utk p'kongsian ni.. ^_^

MaMa AiNi said...

sedeh mama tgk kucing2 yg dibuang olh org2 yg tidak bertanggung jawab !! slhsatu tempatnya kat belakang rumah mama n hb ambil dan kami bela kucing tu..

Cat4U said...

Btul2...mmng Xbaik buang kucing terutamanya kitten sbb mreka masih lemah..

Baharudin Shahdon said...

As salamualaikum. Saya ada kucing yg sudah dibuang hampir 2 minggu dah tanpa pengetahuan saya. Saya ingatkan kucing kesayangan saya tu ikut abang saya duduk Di Melaka. Sampai satu hari, dlm pkul 11.30 mlm, tiba2 saya terdengar suara dia. Saya pun pelik mcm mana dia boleh balik, bila saya bawa kucing itu kepada mak saya, mak saya terus terkejut dan tak sangka dia boleh balik semula, hemm saya pun terkejut bila mak saya kata dia dh kene biang rupanya, tapi tengok dari bentuk badan kcg saya tu mmg tak de yg berubah pun, masih sama mcm dlu n tak kurus sangat pun, tapi alhamdulilah dia dh kembali, masa dia balik tu mmg bising sangat suara dia ,mcm minta maaf pun ada sbb dia mmg nakal sikit

Kucing Utara said...

Naluri mereka diluar jangkaan kita dan mereka mempunyai keupayaan GPS tersendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...