Sunday, June 19, 2011

Kucing tidur di Kotak Pasir

Sesetengah kucing akan tidur ataupun berbaring di dalam kotak pasir dan banyak menghabiskan masanya di situ.Ini membimbangkan kita kerana mudah baginya menjadi kotor serta badan/bulunya membawa bau yang tidak menyenangkan serta juga bulunya yang panajang akan kusut.Kucing bertindak sebegitu atas beberapa sebab tertentu termasuk kesan persekitaran, masalah penyakit, tekanan dan sebagainya.


Kesan Persekitaran>> Ini kerana mungkin dan mudah diperhatikan bagi kucing yang tinggal dengan beberapa ekor kucing yang lain di dalam sesebuah rumah:
>Merasa selamat berada di dalam kotak pasirnya kerana kesan bau "najisnya" masih ada di situ
>Tunjukkan dirinya berkuasa dan mengawal tempatnya yang ditinggalkan tandanya

Tertekan emosi>> Ini juga faktor penting bila kucing bertindak sebegini kerana rasa terteakn "stress" dan kotak pasirnya dianggapkan tempat yang paling selamat kerana ada kesan bau najisnya sendiri yang rasakan sudah menjadi "tanda" kawasannya.
""perkara ini berlaku jika :
>Ada kehadiran kucing lain 
>Berpindah ke tempat baru seprti juga ke tempat jagaan kucing
>Kehadiran orang lain yang tidak dikenalinya
>Tidak bebas iaitu selalu dikurung 




Penyakit>>Ini memang akan menjadikannya lebih banyak menghabiskan masanya di dalam kotak pasir kerana mudah baginya untuk untuk membuang air.Penayakit yang mungkin dihidapinya adalah berkaitan masalah kencing seperti UTD (Urinary Tract Disorder)



3 comments:

As_One said...

SAYA NAK TANYA MACAM MANA NAK ATASI DARIPADA KUCING SUKA TIDUR DI TEMPAT PASIR...? TOLONG SAYA DALAM KEKELIRUAN KASIHAN ANAK BULUS TIDUR DITEMPAT KOTOR...

Unknown said...

Anak - anak kucing saya juga asyik main dan duduk dalam kotak pasir.. saya sentiasa perlu bersihkan kotak pasir tiap kali berak/kencing.. apa nak buat ye? Agak bahaya jika mereka tertelan pasir sebab mereka kecil lagi baru masuk 6 minggu

Kucing Utara said...

masalah ini timbul sebab bagi mereka inilah tempat yg paling selamat & selesa...sukar nk hindari mereka suka situ sebab jika dilarang mereka akan mmbuang merata-rata pula jadinya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...