Thursday, June 16, 2011

Kucing tidur seharian

Kucing memang yang sukakan tidur dan di mana-mana saja baginya adalah tempat tidurnya.asalkan tempat itu selamat.Secara puratanya kucing akan menghabiskan masanya antara 13-18 jam untuk tidur sehari.Anak kucing yang baru dilahirkan akan tidur hampir seharian untuk beberapa minggu dan ini kerana sifat asalnya yang hidup di alam liar dengan tidur akan menyembunyikan dirinya dari pemangsa sesama ibunya keluar mencari makan.

Waktu Kucing tidur:
Kucing selalunya tidur di siang hari dan berjaga di waktu malam secara semulajadinya dan selalunya mula aktif semasa waktu senja serta mula mencari makan.Waktu inilah yang bersesuaian memberinya makan.
Kucing juga memang pandai "tidur-tidur ayam" ataupun "catnap".Ianya, akan mudah berbaring dan tertidur yang tidak nyenyak untuk seketika dan boleh diperhatikan keadaannya tidur di sianghari dengan matanya separuh tertutup ataupun membuka & tutup matanya.Semasa "catnap" ini ,jika kita mengganggunya,ianya akan bangun tanpa menunjukkannya masih perlu tidur serta segar.Perkara ini,tidak menjadi masalah baginya.
Di mana kucing tidur:
Kucing tidur di mana saja asalkan tempat itu tersorok dan ianya rasa selamat serta selesa baginya iaitu tempat yang teduh.tetapi untuk "Catnap" pula tidak kira tempat kerana ianya secara spontan akan terjaga dan bertindak.

Walaupun kucing sebenarnya tidur sianghari,jika kita terus bermain serta bersama-samanya ataupun membuatkannya sibuk dengan aktiviti di sianghari tiada masalah baginya dan akan terus terjaga di sianghari sambil mengambil kesempatan untuk tidur "catnap",bila ianya sudah jemu.Dengan ini, ianya akan menukarkan waktu tidurnya di malam hari  dan tetap akan bangun awal subuh keesokan harinya....

4 comments:

Unknown said...

oh...cmtu ke..next time sye nak wat kucing saye sibuk waktu siang

Kucing Utara said...

bila kucing dh jaga siang..jdi mlm2 dia pun akan tidur..xlah buas ...menyelongkar..

Ms J said...

haha.. sangat betul sekali. Apa-apa pun, tiap pagi... sebelum alarm bunyik, Julian dah bunyik dulu!

haziq hazycq said...

klau kucing saye,wlupun x tdo siang,sbb maen2 dgn saye,mlm dia masih mahu maen dgn saye....tula kucing saye,yg x prnh mngenali erti ngantok

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...