Saturday, June 25, 2011

Menu kucing- Sup Ayam rebus

Protein adalah sumber utama dalam pemakanan kucing kerana ianya bersifat pemakan daging di alam semulajadinya dan juga akan termakan sumber tumbuhan dari mangsanya seperti tikus ataupun burung.Contohnya, jika ia memburu dan memakan burung ,ianya secara tidak langsung memakan bijirin dari perut burung.Secara umumnya, ia akan memerlukan dalam nisbah 60:40 bagi protein(daging) dan karbohirat(bijirin)..
Pemberian berterusan makanan yang disediakan khas dari kilang seperti dryfood "kibble" boleh mengugatkan kesihatannya untuk jangkamasa panjang dan perlu juga diberikannya makanan yang lebih segar seperti ayam rebus dan sebagainya.
Sup ayam rebus:
Penyediaan sup ayam rebus adalah mudah dan senang disediakan oleh sesiapapun dan bahan-bahannya pula amat mudah:
>Daging Ayam (elakan kulit dan tulang)
>Nasi
>Air
>Minyak (samada minyak zaitun atau minyak ikan kod/salmon)

Reza terus berselera memakan sup ayam setelah dihidangkan.....
Sup ayam rebus ini elok diberikan kepada kucing sebaik-baiknya seminggu sekali dan ini juga dapat membantunya hilangkan rasa jemu memakan makanan sehariannya terutama kepada kucing yang makan dryfood semata-mata.

Daisy pun sudah biasa dengan menu ini....

Tambahan minyak pula adalah untuknya melincirkan perutnya dan juga seperti penambah selera serta boleh juga mengemukkannya

Anak kucing pun tertarik dengan hidangan ini kerana baunya akan menarik selera mereka.

***Jangan hidangkan kepada kucing dalam keadaan panas kerana kucing tidak akan makan makanan panas dan sebaik-baiknya dalam keadaan suam.Ini kerana lidahnya terlalu sentitf pada benda panas***

11 comments:

meowwmania said...

nak cuba jugak lah..slalu rebus camtu jer

thanx resepinya ;)

grOundnUt said...

a'ah...sup rebus ayam memang elok untuk kucing..paling elok serve bahagian dada ayam..lazart giteeww..^^

adik412 said...

assalamualaikum...sedih la....anak2 kucing saya kena serangan cacing. walaupun dah bagi ubat cacing tapi doktor kata dah terlewat sebabnya lambat bagi. cacing dah makan dalaman badan anak kucing. memang betul ka, serangan cacing dalam perut boleh menyebabkan anak kucing meninggal?

Kucing Utara said...

ye..mmng btul2 kerana cacing boleh membawa maut...yang lain tu patut beri ubat cacing sbelum terlambat...

adik412 said...

dua-dua dah tak ada :(
dah simpan kat surau kulim square.oren dengan janggut letak sebelah2. sedih sangat. patutlah anak2 kucing tu tak membesar walaupun dah umur hampir 3 bulan. rupanya cacing dok makan dalam badan depa. mungkin itu yang terbaik untuk depa.

Anonymous said...

my furkid makan sgt sikit, tapi bila bagi makan ayam rebus or resipi2 wetfood macam ni baru berselera dia makan. so saya bagi dia ayam + hati ayam rebus or ikan+potato rebus sekali setiap hari. ok ke macam tu? risau jugak kalau bagi banyak sangat makanan macam ni leh buat dia kena cacing. eventho dia dah dewormed, boleh ke makanan macam ni membahayakan kesihatan dia kalau diberi terlalu kerap? i did some research tapi tak jumpe jawapan yg dicari. hope kucing utara leh kongsi ilmu sikit ye, tq :)

Kucing Utara said...

Hnya resepi ikan+potato tu xbaik utk kucing awk,,kerana potato adalah berkmngkinan toksik dn ikan pembawa toxoplasmosis ...

Mimi Meow said...

boleh tak guna minyak sayuran@jagung? boleh tak kalau letak garam sikit?

Kucing Utara said...

xsesuai ..jika dibndingkn dgn khasiat minyak zaitun

Unknown said...

Boleh tahu tak minyak ikan kod or ikan salmon jenis apa awak guna?

Kucing Utara said...

sila rujuk ke entri kebaikan minyak ikan kod

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...