Nufnang Ads

Thursday, June 2, 2011

Pemberian Ubat Cacing Kucing

Kucing dengan masalah cacing adalah menjadi normal terutamanya kucing yang terdedah dengan keadaan luar iaitu kucing yang bebas keluar masuk.Pemberian ubat cacing ataupun lebih dikenali "Deworming" adalah perlu kerana cacing boleh mengugatkan tahap kesihatannya dan juga cacing ini boleh tersebar kepada kita.

 Ubat cacing kucing jenis tablet "chewable"
Jenis ubat cacing:
Terdapat 2 jenis Ubat cacing kucing di dalam pasaran iaitu dalam bentuk Tablet(Chew able ataupun tidak) dan juga jenis cecair.
"Jumaat" sedang diberi-suapkan ubat cacing tablet chewable.
Jadual "Deworming" mengikut umur kucing:
1) Anak kucing: 
>Umur:  3-4 minggu
>Pemberian ubat setiap 2 minggu sehingga umurnya 3 bulan
2) Kucing "remaja":
>Umur : 3-6 bulan
>Pemberian ubat setiap 1 bulan sehingga umurnya 6 bulan
3) Kucing "Dewasa"
>Umur : 6 bulan keatas
>Pemberian ubat setiap 3 bulan  adalah yang terbaik ,namun boleh juga diberikan setahun sekali.

"Daisy" juga memakan ubat cacingnya...


6 comments:

SiArnab said...

Kalau nak beli ubat cacing kat kucing utara mcm mana?

Cat4U said...

boleh...PM saya di FB..
tapi kena tau guna sndiri sbb takut overdose...

Nadia Ishak (Sugarhoney Icedtea) said...

blh sy tau location tak..sb ingat nk deworm kan meow2 sy. sy stay georgetown..

Cat4U said...

sya rasa dh chat kat FB kan lokasi sya...kalau nk dtng tu bagitau la dulu

@rK_MoLe said...

macam mana nk bg tablet?kena pecahkan ke?

Cat4U said...

suapkan ke krongkongnya ataupun gunakan alat sperti syringe ..kalau pecahkan nnti dia xmakan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...