Tuesday, July 26, 2011

Perangai Kucing Siamese

Kucing Siamese juga agak terkenal di kalangan peminat kucing kerana bertompok hitam/coklat unik di muka ,telinga ,kaki dan ekornya - pointed color.Sudah menjadi keperluan kepada kita untuk mengenali sikap & perangainya serta juga fakta fizikalnya.


Perangai & Fakta Kucing Siamese:
>Berat badan-kucing jantan dari 5kg ke 7kg & kucing betina pula antara 4kg ke 5kg
>Jangkahayat- Anggaran 15 ke 20 tahun ,namun bagi kucing yang campurannya pula mungkin lebih pendek lagi kerana imun sistemnya.
>Bersosial-Kucing siamese memang sangat mudah bergaul samada terhadap manusia ataupun haiwan peliharaan lain dan hendakkan belaian kasih sayang terhadapnya seperti "petting".
>Bersikap tenang-Ianya juga mudah menerima kehadiran kanak-kanak yang bermain agak kasar dengannya kerana ianya lebih kepada sikap sabar dan tenang.Tidak seperti sesetengah kucing lain akan bertindak secara agresif.

>Kuat cemburu-Setelah ikatan terjalin dengannya, ianya akan mudah cemburu seperti kehadiran kucing lain serta juga kehadiran bayi kita sendiri yang lebih kita tumpukan.
>Mudah Dilatih-Kucing berbaka ini lebih mudah menerima latihan ataupun dilatih seperti tempat "tandas"nya dan sebagainya
>Bersuara- Vokal ataupun suaranya mudah dibunyikan sekiranya perlu perhatian samada untuk makanan,bermain,minta keluar dan sebagainya.Kerenah ini sepertimana bayi yang suka menangis bila hendakakn sesuatu.Berbandingkan kucing parsi yang lebih membisu.
>Patuh-Ianya mudah menjadi patuh pada tuannya setelah jalinan ikatan sayang terjalin ,ini kerana ianya sudah menganggapkan kita sebagai sumber asas untuknya hidup dan sukar baginya untuk berdikari.

**Meninggalkannya bersendirian untuk jangkamasa yang lama sendirian ,boleh menyebabkannya merasa tertekan bilamana tiada kehadiran manusia dan juga mengurangkan selera makan baginya.Cara terbaik ditinggalkan kepada sesiapa untuk penjagaan sementara ketika kita keluar outstation untuk jangkamasa yang lama***

17 comments:

Vivian said...

saya ada sekor siamese...boleh dikatakan mmg perangai OVER daripada yg lain. 2 baka kampung tak seOVER dia..2 kucing lain bukan jenis meminta makanan manusia..saya makan..mereka cool jer tengok dari jaoh..tapi siam sekor tu..mak aihh.. naik fed up jugak naik ats meja..ngiau2 merayu berlari kehulu kehilir mintak makanan..sedangkan lepas mka mknn mereka sndri..kalau diberi makanan..dia selalu over take yg lain//kita bagi mknn kt bobo..die rampas..bobo baru nak jilat2 n cium..die dh rampas dan makan..alahai..spoild child betol. yg heran dan ketara sgt..2 ekor tu langsung takde perangai mcm die..cool jer..sbb bekalan mknn tidak pernah stop..

geram! eh..luahan perasaan pulak kt sini...hahaha sorry..

Kucing Utara said...

itulah kelebihan siamese...ni wlaupun bru abis makn jika diberikan pda yg lain..tentulah dia akan makn dulu

kotak.hati.kecil.cik.ain said...

My lil Tommy pun..berperangai yang over..a.k.a kurang x makan saman budaknya...suka main2.. Kuat menggigit...puas jentik telinga suh lepas...agak payah tu nk dengar ckp..tp manja...umo dia baru 4-5 bulan...i x penah bela kitten..so nak tau sampai tahap umo bp yg dia ni bersikap agresif? Dulu i penah bela kucing yg umo setahun lebih...x seagresif si Tommy ni..

Kucing Utara said...

selalunya..sampai umur setahun..maish aktif bermian..jika agak kasar tu..perangainya "jantan"nya..tpi nasihat saya..jangan kentik telinganya lagi..kerana kucing bila disakiti..anggap kita ancaman kepadanya..walupun bertahun bersama..sbb kucing boleh bertukar menjadi musuh dlm sekelip mata

Anonymous said...

saya 2 ekor kucing siam. yang seekor dah umur 3 tahun.dia la yang jadi king dalam umah.pas2 dia suka kencing kitten yang baru lahir. seekor lagi lak x suka mkn makanan kucing & kalo makan puh dia muntah semula. kedua2 mmg kaki gaduh, pantang nmpk kucing jantan lain mesti bergaduh..

bobo said...

saya baru bela kucing siam dlm 2 bulan lebih..umur 6 bulan stgh.kucing tu dah 3-4 hari makan muntah..dan skrg dah taknak makan apa2..pening dibuatnya..bila main bukan main lagi agresifnya, bg mkn dia mcm rasa sikit je..agak2 apa masalah kucing saya tu..sblm ni bg mkn ikan kembung yang dah rebus mmg licin dia makan, skrg ni dah xnak makan.

Adikchiek said...

my cat oso selalu muntahkan makanan yg dia makan dulu. trterlalu kerap sangat sampai risau dibuatnya. tapi lepas amal kan petua : ambil cengkih dlm 1 / dua biji kalau tak silap.cengkih tu ditumbuk dan dicampur air. then air tu bagi suap kucing tu minum.
petua kucing yg demam.yg dah x ada selera atau tenaga nak bangun : bagi minum air yang yg dicampur glukos original. (campur glukos ngan air secukup rasa,jangan terkebih manis.and then suap kucing tu minum air tu.

Unknown said...

Sy nak tanya jugk ni pertma kli sy bela kitten siam.. agk perangai diaorg mmg over nak mmpos ea... x kira lh dr segi apa, makanan suka rampas kucing kmpong ni, pastu dipijak2 nya kucing kmpong yg sopan ni, kalo bab main x payah cakap lah mmg x ingat dunia aktifnya. Tanagn sy, kaki semua digigitnya. Pastu dh penat minum air gelojoh smpai tercekik.. haa padan muka... bila agaknya kucing ni akan jadi tenang drpada sawan dia tu?? Sy bukan apa penat je.. uuhuhu

Anonymous said...

Macam mana saya nk bela kucing siam..semua cita kurang baik ja tentang siam ni.

Kucing Utara said...

xda masalah kucing siamese cuba manja je lebih ..sya bela sekor namanya bella sudah berumur 10 tahun

Anonymous said...

sy ade seekor. name dia waris. jntan. umur dlm 4 thun. dia ni mmg suke berckp. bising je. tp over n busuk ht sikit dkt kucg kmpg. x sdr diuntung btul. sy pun kutip dia dkt kdai mkn. restoran warisan. ni yg nama waris. mmg suke cri gado. pastu cangkok makanan org. tp rindu lau dia x de.

nuramalina said...

sy baru bela kuceng siam....sy bawak balik dr perlis..baru sehari dia da mcm tau namanya Oppo"cap hp saya oppo n1"...dia poo pn kt satu tempat tu ja n x berak n takkan poo pn dlm cage...melainkan sy p angkut dia kt pasir....kalo bab main..o d lepas dr cage. toksah cerita lah.. dia ngan bdak2 kpg ni mana dia berkawan.. semua dok marah kt dia.. so dia ska berkepit dgn saya....

Unknown said...

saya ada bela sekkor kucing siam, tp dia tak mkn mknan kucing. n memilih mknan.. apa mknan yg tbaik tuk kucing siam nie??

Unknown said...

Saya ad bela kucing siam sepasang . Manja , comel , nakal :) . Pape pun diorang penyeri hidup , kenakalan diorang mengubati hati , tgok diorang besh je :) . Tpi diorang dah mati sbb kne onyakit hiv kucing :(

nana said...

Saya ada bela sekor kucing siam. Dia tak pernah sekali pun kacau bila kita makan kecuali kalau dia nampak sekor lagi kucing ktrg tu start kacau baru dia join sekaki. Dia jenis mengekor kakak dia (lain mak lain bapak lain baka) , apa kakak dia buat dia pun nak try buat.Tak padan dengan kecik..
Bila orang tak kasi attention dekat dia mula la merengek macam baby mintak orang garu perut dia. Sangat contrast dengan perangai kakak dia yang anti-social. Geram sangat ! Huhu

Anonymous said...

Sy baru bela kucing siam dua ekor..perangai diva kemain.tk suka sgt mkn biskut..nk mkn wet food je..sekor suka mkn..sekor lg lite2 je mkn..degil dia bole tahan...tp dia faham bila sy tinggikan suara..dia org akan diam sekejap atau pura2 tido..kejap je lah..lepas tu dia buat hal lg...yg paling best diorg mmg manja..suka jilat telinga klu nk mintak sesuatu..of cos bila nk mkn...bab mkn mmg memilih..paling suka dada ayam rebus...licin...sy buat sekali sekala la...sbb budjet....klu biskut tu mkn..tp tak seghairah mkn ayam rebus...si adik mmg suka curi mkn si abg...klu time mkn tk bole biarkan..kena tgk..klu tk si adik bedal semua..utk cari biskut yg sesuai mmg susah..sekarang ada 3 jenis biskut kat umah..prodiet, royal canin, friskies...royal canin berak lembik..prodiet mkn skit je..friskies mkn lebih sikit pd prodiet...tp tu lah kena train dari kecik utk cr mkn sesuai dgn mereka?...ada sesape yg bole share mkn or biskut paling siammese suka..tp dgn harga berpatutan..tq

Kucing Utara said...

yg terbaik beriknnya Royalcanin bernding yg lain sebb tu awk nmpak dia makn lebih jika diberikn brand lain sebb perlu makn byk berbandingkan rc ni..rc ni nmpak bagi kita dia mkn sikit sbenarnya dia mkn adalah utk keperluannya sja.Kandungan prtein adlah byk berbanding yg brandlain..sbb tu dia mkn byk jika brnd lain2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...