Monday, August 29, 2011

Kucing Mati Mengejut- Heartworm

Tiba-tiba saja kucing kesayangan kita yang nampaknya sihat mati mengejut dan ini membuatkan kita pun masih tertanya-tanya di dalam fikiran sebab-sebab kematiannya walaupun sudah menerima takdirnya sebegitu.Antara punca yang besar kemungkinan kucing boleh mati mengejut adalah di sebabkan sejenis parasit "Heartworm" yang menumpangnya.

Kenali "Heartworm"
Heartworm adalah sejenis parasit yang akan menumpang hidup di dalam organ kucing seperti jantung,paru-parunya serta saluran darah.Ianya berwarna putih serta panjangnya di antara 6 ke 12 inci berbentuk seperti cacing .Heartworm adalah parasit yang kebiasaan ditemui menjangkiti kebanyakannya adalah anjing dan ianya akan merebak kepada kucing adalah melalui pembawa parasit ini iaitu "Nyamuk".

Kitaran Hidup "Heartworm" :
>"Heartworm" dewasa akan mengeluarkan telur "Microfilaria"didalam induk yang dijangkitinya seperti anjing dan akan berenang di dalam saluran darah untuk mencari-cari tempat yang sesuai.
>Gigitan nyamuk dari anjing yang dijangkiti pula akan menyedut bersama-samanya telur "Microfilaria" dan ianya mengambil masa 10-14 hari untuk matang sebagai Larva di dalam nyamuk.
>Gigitan nyamuk ini juga akan memindahkan "larva" yang matang kepada kucing kita.
>Ianya mengambil masa 8 bulan untuk menjadi "heartworm"yang matang & dewasa
>"Heartworm" dewasa akan terus berenang-renang dan akhirnya akan menetap di jantung kucing sebagai tempat penempatan baru.
***Heartworm selalunya menetap di dalam organ kucing selama 2- 3 tahun manakala bagi anjing pula 5-7 tahun serta bilangan lebih banyak***

Tanda-tanda:
Kebanyakan tanda-tandanya adalah sama seperti ianya dijangkiti penyakit lain seperti muntah,batuk,keletihan dan susut berat badan dan agak sukar bagi kita menilainya samada dijangkiti "Heartworm".Tetapi jika ianya seperti tanda-tanda ini, mempunyai kemungkinan besar:
>Bernyawa kencang/pantas
>Penat/lelah
>Nafas berbunyi
>Tetiba batuk
***Perlu dapat pengesahan dan rawatan dari Vet untuk memastikannya samada dijangkiti kerana ini ada kaitan dengan masalah jantungnya****

Bagaimana kita mencegahnya:
Hapuskan pembawa parasit iaitu Nyamuk terutamanya untuk yang tinggal di dalam komuniti yang mempunyai anjing sebagai pet kerana anjing berisiko tinggi.

1 comment:

Unknown said...

wah wah. nice entry ni :) ape kate, share kan link ni kat segmen http://fyapelangi.blogspot.com/2011/09/segmen-aku-mahu-readers-setia.html sambil meningkatkan followers ! ehem ehem. semestinya ade hadiah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...