Sunday, October 9, 2011

Kucing Hitam berubah Oren

Secara umumnya warna bulu kucing adalah diturunkan daripada baka kedua-dua ibubapanya dan hasil dari campuran warna tersebut.Bulu-bulu kucing yang berwarna itu adalah hasilan daripada "melanin" yang membentuk pelbagai warna.

Kucing ini berbaka campuran Turkish & Mainecoon asalnya berwarna hitam tetapi hampir 80% warna bulu-bulunya sudah bertukar warna kemerahan "oren" terutamanya di bahagian belakangnya dan keadaan ini nampak ketara selepas ianya mencapai umur 7 bulan 

Kenapa ini Berlaku?
Keadaan sebegini ada kaitannya dengan kekurangan "tyrosine" di dalam pemakanannya  iaitu unsur penting dalam pembentukan "melanin" yang menghasilkan pelbagai jenis warna bagi bulu-bulu kucing.Secara ringkasnya, kekurangan "tyrosine" ini akan mengurangkan penghasilan "melanin" dan mengurangkan ataupun mengaburkan warna bulunya.
***Fenomena ini sama juga seperti kita bila sudah tua iaitu beruban kerana kekurangan "tyrosine" dan rambut hitam menjadi putih>>>uban***
***Selain daripada ini kekurangan unsur Copper(kerana unsur ini membantu pembentukan "tyrosine" & lebihan unsur zinc(lebihan zinc pula menyebabkan kekurangan copper) dalam nutrisi juga boleh menyebabkan perubahan warna juga***


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...