Nufnang Ads

Thursday, October 6, 2011

Kucing kerap menjilat bulunya

Kekadang terjadi juga kucing yang kita sayangi terlalu asyik menjilat-jilat bulunya secara berterusan serta juga berlebihan.Sesetengah daripada kita menganggapkannya adalah situasi biasa bagi perangai kucing yang lebih gemar membersihkan dirinya sendiri.
Tetapi adakah keadaan ini sebenarnya di tahap NORMAL ataupun TIDAK?Yang pasti adalah kita perlu memahami kenapa kucing kita berbuat semedikian dan sudah tentu ada alasan dan sebab musababnya.

Antara Kemungkinan Punca Kucing Menjilat "grooming":
A) Faktor dari luar
1) Parasit- benda hidup seperti kutu,hama ini menumpang di kulit kucing serta menyebabkannya terasa gatal-gatal.Kucing terpaksa menjilat sebagai alat untuk membuangkan parasit ini.
3) Jangkitan kulit- Kulit ini agak sensitif dan jika mengalami sebarang jangkitan ,kucing akan menjilat-jilat kawasan tersebut kerana rasa pedih dan gatal-gatal.

B) Faktor pemakanan
1) Alergik-Ini kerana makanan yang diambilnya tidak sesuai untuknya.Keadaan ini ketara jika menukarkan ataupun memperkenalkan makanan baru baginya.
2) Makanan Low-Fat diet -Kucing yang mengambil makanan sebegini berkemungkinan akan menyebabkan kulitnya kering serta berkelemumur kerana kekurangan protein dan kucing terpaksa menjilat-jilat bulunya untuk melembabkan kembali secara berterusan.Omega 3 fatty acid  boleh membantunya.

C) Faktor perasaan:
Inilah faktor yang paling mudah & cepat kucing bertindak menjilat bulunya walaupun kucing kita cukup sihat ,makanan yang berkhasiat serta cukup dan sebagainya.Faktor ini juga selalunya kita terlepas pandang iaitu kucing bila ianya rasa takut,terancam,tertekan dan sebagainya.Ianya secara spontan akan menjilat-jilat bulunya sebagai "penenang" dirinya.

7 comments:

UniMeOw said...

oohh cm2 ke..
aku ingat dia saja2 grooming..eheh...

Cat4U said...

mmng kucing membersihkan dirinya..tpi kalau dh grooming berlebihan tu..tntu ada masalah

Sumayyah Nadhirah said...

kucing sy mmg sgttt suka jilat bulu..kadang2 leka die jilat bulu...panggil pun xdgr..kerap la...pembersih sgt..cmne tu?

Anonymous said...

kucing aku bkn kata bulu jer dia jilat .tangan ngan muka aku pun dia sebat..mungkin kucing aku nie ada masaalah mental agaknya

Anonymous said...

Kucing sy tgh bunting, sy terperasan yg dia kerap jilat bulunya, nonstop pulak tu, adakah itu normal sbb keadaannya itu? Nak kata bulu dia ada masalah, sy tngok normal je..nk kata sbb cuaca panas, hari hujan.masa first time dia bunting dulu tak de pulak macam tu.kenapalah agk nya yer?

Anonymous said...

kenapa kucing jilat bulu kucing lain?

A I S H A H said...

kenapa kucing saya (jantan) , jilat bulu kucing betina ? sebab sayang ke ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...