Nufnang Ads

Thursday, November 17, 2011

Pemilihan olive oil untuk Kucing

Seperti yang sudah ketahui "olive oil" memberi banyak faedahnya kepada kita serta juga kepada kucing yang kita pelihara terutamanya kucing berbaka bulu panjang.Kucing berbaka sebegini mudah mengalami masalah "hairball" tersumbat di dalam perutnya serta juga menyihatkan bulu-bulunya.

 Jenis Olive oil:
Di dalam pasaran terdapat 2 jenis Olive oil iaitu Pure Olive oil ,Light olive oil & Virgin Olive oil
>Virgin Olive oil- Ianya kaya dengan dengan zat & vitamin asalnya kerana penghasilannya melalui proses "Cold Pressed" di mana belum dipanaskan dan masih lagi mengandungi nutrisi asalnya.
>Pure olive oil-Ianya dihasilkan melalui proses pemanasan dan berkemungkinan sebahagian zat & mineral asalnya terhakis dari proses ini.
>Light olive oil- Ianya pula kurang asli selepas ditapiskan semasa proses pembuatannya..

Berdasarkan fakta penghasilan olive oil ini "Virgin Olive Oil" adalah pilihan terbaik untuk kucing.
Cara pemberian kepada Kucing:
>Tambahkan 1 sudu teh dalam makanannya sehari sekali saja, boleh ditambahkan di dalam makanannya samada dryfood ataupun wetfood.
***Pemberian berlebihan boleh menyebabkannya cirit dan ini boleh dilakukan sekiranya kucing mengalami sembelit untuk melembutkan saki baki najis di dalam perutnya dan memudahkannya "berak"****

7 comments:

wo_ai_nee said...

macamtu kalau extra virgin oil lebih baik la kn?

KucingMalaysia said...

Nak tanya,

adakah bila kita campurkan ke dalam makanan nya, dia akan makan? Takut tak makan, nanti membazir pula.

Cat4U said...

btul2..sbb tu kena letak sikit sja dlm mknannya sbb ada kucing yg suka dn yg xsuka..kalau kucing sdah biasa makanan dryfood premium spt RC,IAMS,Scienceplan dll mknn ni mmng berminyak...

Cat4U said...

pandai pun cik Aini...

aini razali said...

hehehe. kitten saya mkn RC. saya cmpur kan dgn virgin oil bile saya bg dia ayam stim. mmg licin habis. hehehe.

Cat4U said...

Aini...bagusla gitu..tpi jgn taruh bnyk sngt jadi lencun sbb dryfood jdi lembik & kucing xsuka...

aini razali said...

haah nnt dia x suka. x byk pon saya letak. saje nk gaulkn dgn ayam. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...