Nufnang Ads

Sunday, November 13, 2011

Sup Hati Ayam Untuk Kucing

Selain daripada makanan rutinnya seperti dryfood ataupun wetfood dalam menu pemakanan kucing seharian, boleh huga dan digalakkan juga memberinya makanan yang lebih segar serta dimasak sendiri.Salah satu daripadanya adalah Menu "SUP HATI AYAM"
Menu Sup Hati Ayam penyediaannya:
>Hati Ayam yang dicincangkan
>Sedikit Minyak zaitun Ataupun minyak Ikan kod
>Air
>Secubit garam
>Sedikit bawang putih-ini adalah untuk menghapuskan cacing dalam perutnya
***Buat dan masak sup seperti biasa yang kita buat dan hidangkannya dalam keadaan suam-suam bukannya ketika anas kerana kucing tidak makan ketika panas***

Mina masih kecil pun, berselera makan sup ini

Laila memang sudah jadi makanan kegemaran 

Daisy pun sukakannya..
Kebaikan memberi Hati Ayam:
>Boleh mengemukkan kerana kaya dengan protein dan fat
>Boleh menambah tahap air dalam badan kucing kerana kadar air dalam badannya berkurang jika berterusan memakan dryfood.
>Supnya yang kaya dengan minyak (zaitun & ikan) membantunya atasi "hairball" dan melincirkan saluran ususnya

6 comments:

PUCCAnis said...

kalau ditukar minyak zaiton dngn minyak jagung blh?

ILA HonEyBuNNy said...

gebunya kucing..

leh cuba bg my cat nanti..ehheh

Cat4U said...

corn oil boleh sbb ni dlm golongan seed oil(bijirin)...yg kaya dgn fatty oil

NoRHaNa CorNER said...

nak cuba jugak la..kene salin resepi ni


Jom Jenguk Anak Singa Buatan

Sumayyah Nadhirah said...

tq nnti nk wt....owh ye baby sy dah gemuk sikit mkn ayam rebus =)

dalilah said...

thnks for the info !! nak buad kat kucing sye lahh !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...