Tuesday, December 6, 2011

Keperluan Multivitamin Kucing

Kucing juga seperti kita perlukan tambahan multivitamin di dalam pemakanan sehariannya.Ini adalah kerana pemakanan asasnya yang dimakannya samada dryfood ataupun wetfood dan sebagainya berkemungkinan masih belum dapat memberikannya vitamin yng diperlukan secukupnya.Antara zat & vitamin yang asas diperlukannya adalah Vitamin A, B,D,C ,E serta juga kalsium, magnesium,potassium , silenium dan lain-lain lagi.Vitamin juga adalah penting bagi kucing sebagai sumber penghasilan enzim dalam penghadaman makanan dan kekurangan ini akan menyebabkan makanan separa hadam serta belum siap diproses sudah mencecah ke usus besarnya.Vitamin juga membantunya dalam penjagaan sel badan serta juga kesihatannya dari sebarang penyakit...


Pemilihan jenis multivitamin :
Memang mudah bagi kita untuk mendapatkan multivitamin khas untuk kucing dan terdapat beberapa jenis multivitamin yang terdapat di pasaran iaitu jenis krim, pil dan juga cecair.Serta juga jenis-jenis vitamin yang sudah siap tambah di dalamnya.
Secara biologinya jenis cecair adalah pilihan terbaik kerana cepat & mudah diserap masuk melalui usus berbandingkan jenis pil serta juga mudah untuk diberikan kepadanya.

Multivitamin cecair "Multi Elixir" 60ml 

Kucing yang perlukan vitamin:

> Anak kucing -membantu pembentukan antibodi, tumbesaran
>Kucing Dewasa- sebagai supplement bagi mendapat vitamin secukupnya dan boleh hindar dari dijangkiti/diserang sakit
>Kucing Tua- Diperlukan kerana kelemahan sistem badannya



2 comments:

Unknown said...

Berapa ml untuk anak kucing & kucing dewasa?

Unknown said...

brand ape ye ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...