Wednesday, December 21, 2011

Kucing Buasir

Buasir tidak hanya berlaku kepada kita saja malah penyakit berkaitan buasir ini juga boleh dihadapi oleh kucing,anjing serta juga kuda.Seperti yang diketahui buasir ini adalah masalah berkaitan di bahagian punggung yang mana organ dalaman terkeluar ataupun ada pendarahan kekal di situ.

Tanda-tanda Buasir:
> Kelihatan organ dalamannya terkeluar dari punggungnya
> Kucing seperti kesakitan ketika membuang air besar
> Sukar duduk di atas punggungnya dan lebih gemar melentang ataupun "mengiring"
>Selalu menjilat-jilat pungungnya
>Gemar & kerap mengejar ekornya sendiri kerana keliru antara ekornya dan organ yang terkeluar.

Kemungkinan Punca Buasir:
>Keturunan
>Dari pemakanannya yang kurang sumber fiber
>Kekurangan minum air dan amat jarang minum air (Ini ada kaitan dengan sembelit dan secara tidak langsung menyebabkannya pula hadapi buasir)
>Kegemukan
>Kerap cirit-birit (kekerapan membuang air besar boleh menyebabkan tekanan "teran" yang berlebihan)
>Faktor umurnya yang tua

Rawatan:
Setelah dikenal pasti, langkah terbaik adalah membawa ke klinik haiwan untuk rawatan lanjut kerana sesetengah kes itu perlu dibuat pembedahan bagi mengatasinya.

Langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil:
>Diet kucing-perlu diberi kepada makanan yang mempunyai fiber
>Air adalah segala-galanya dan kucing selalu minum air adalah jalan terbaik
>Kegemukan-perlu jaga berat badannya kerana jika gemuk kucing hadapi masalah membuang air besar dan terpaksa "meneran" sekuat yang mungkin.

13 comments:

Anonymous said...

hi admin..kitten saya ada buasir.baru je 3 minggu lahir ..selain g clinik vet, rawatan tradisional ada x? sy nak cuba rawatan kampung dlu untuk kitten saya sbb sy student,dwet xbapa ada..mohon pencerahan =)

Kucing Utara said...

langkh terbaik ek klinik,,utk kurangkn buasir pastikn dia kerap minum air bersih dn makannnya kaya dngn fibre.Elakkn makan dryfood

rosnani said...

Hi admin, kitten sy ada buasir. Smlm jadi tp x sempat hntr ke vet sbb sy balik kerja pun pkl 6, x ada vet yg masih buka d area sy. Pg tadi sy hntr ke vet government, nmpk mcm ok organ dalamannye dijolok masuk ke dlm. Tp bila sampai rumah terkeluar balik. Mcm mana ye? Apa perlu sy buat? Kalau private vet ok ke?
Admin ada petua x? Thanks

rosnani said...

Hi admin, kitten sy ada buasir. Sblm ni die cirit birit. Pg tadi sy hntr ke vet gov, nmpk mcm da ok. Organ dalamannye dijolok masuk ke dalam. Tp sampai kt rumah je tengok2 da terkelua balik. Mcm mana ye? Admin ada apa2 petua x? Perlu x sy try vet private pulak? Kesian die...sy baru je adopt die, jumpa di kwsn kedai mkan tanpa ibu.

RasUL MeLakA said...

Hi admin knpe kucing sy kjp2 pergi toilet ...tpi x berat mneran taik tak klua da due hari..p klink dye ckp xde taik dlm perut nyee.. ape perlu sy buat admin...brmain mkn smue ok..

Kucing Utara said...

Ni mngkin masalah sembelit ataupun hairball dlm perutnya terkumpul byk sbb tu jadi sembelit..sila rujuk artikel mengenai sembelit

Unknown said...

saya nak tanya ada dak petua cara traditional rawatan buasir kucing

Unknown said...

Assalamualaikum... Saya ada jumpa penawar yang mampu menghilangkan buasir pada anak kucing dalam masa 2-5 hari..








Bb said...

Ada ka? Kitten sy buasir. Ble hubungi saya d email soutulqalbi@yahoo.com

Anonymous said...

kucing sy buasir skarang. da g vet n still kua. macam mana nak buat slain operation. ade cara lain x? tolongg

Anonymous said...

Macam mne ni kucing sya pon buasir nak rawatan tradisional bagi tips sikit

Unknown said...

Sis, ada ke penawar tu sis? Share dgn sy boleh? Sedih sgt bila kucing jd mcm tu. 😭

Unknown said...

Ada petua tk tuk baby cat...tak ada duit nk bwa klinik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...