Nufnang Ads

Wednesday, December 28, 2011

Nama yang sesuai untuk Kucing liar

Kucing liar yang dimaksudkan disini adalah kucing-kucing yang kita terjumpa dan mengambilnya untuk dipelihara disebabkan mungkin kerana ditinggal/dibuang ataupun tercedera ataupun dalam kesakitan serta kebuluran dan sebagainya.
Setelah diambil peliharakan sudah tentu kita akan terus menyayanginya dan ini perlukan nama yang sesuai untuknya supaya kita dapat memanggilnya.


Di bawah ni disenaraikan beberapa nama yang mungkin dapat kita berikan kepadanya berdasarkan kepada keadaannya semasa diambil:
>Alley-Dijumpainya di lorong
>Bingo- dari permainan Bingo seperti terkena sasaran
>Bumper-Dijumpai kawasan perumahan yang memangnya ada bumper
>Bin-kawasan tong sampah
>Bones-keadaan yang kurus
>Buncit-Perutnya buncit
>Comot- Keadaan yang tidak terurus
>Chaser- Kucing yang aktif
>Caymen- dari perkataan "come in" iaitu kucing yang muncul di hadapan rumah
>Drain- Jumpa bersembunyi di longkang
>Enji- Dijumpai suka tidur di dalam/bawah enjin kereta
>ET- rupanya seperti ET yang mata besar tapi kurus kerana sakit

>Fight-Kucing yang luka kerana bergaduh
>Gypsy- sempena nama gypsy
>Garu- suka garu-garu semasa diambil
>Gondo-dari perkataan gondola untuk tong sampah yang besar berbentuk 4 segi.
>Heidi- dijumpai kucing yang menyembunyikan dirinya ketika dijumpai "Hiding".
>Hiway-Di tepi jalan
>Journey- jelajah
>KUTU-sebab banyak kutu
>Kang-Dijumpai di longkang
>Kondo-Di kawasan kondomium
>Jackpot- seperti seorang yang kena "jackpot"
>Lottie- Dijumpai di parking lot
>Long- Dijumpai di longkang
>Lucky-Bertuah

>Newbie- budak baru
>MC- My Cat
>Mister-Dari perkataan "Mystery"
>Pooka- Tuah
>Romeo-Kucing yang dijumpai bebas bergerak dan mudah dibelai
>Rokkie-Budak baru
>Solo-dijumpai bersendirian
>Sangkut- Kucing yang tersangkut di atas pokok
>Stucker- nama English
>Stitch-Kucing yang agak nakal
>Turn Up- Kucing yang tiba-tiba muncul
>Tuah- Bertuah
>Tenshu-iaitu "little thief"
>TC- dari perkataan "That Cat" bagi yang susah hendak letak namanya

***sekiranya dijumpai dan diambil sepasang ataupun 2 ekor seeloknya letakan nama mereka "Lost" dan "Found".Ini panduan sebagai ingatan kita kembali untuk mengimbas kenangan ketika ianya pertama kali diambil pelihara***

2 comments:

baybee_sai said...

hehehehe..kreatifnya nma2 tuuu..^^..rumah babysai ada 5 ekor kucing..:)

Marini said...

ada pulak nama kucing saya E.T. Mmg masa jumpa dalam longkang mata tersembul macam E.T. Terlalu kurus.. Saya bela selama 15 tahun..Kira umur manusia sudah 70 tahun lebih. Mati kerana sakit tua..sangat sedih. Dah ada kucing baru pun saya namakan dia ET

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...