Tuesday, January 3, 2012

Penyediaan kecemasan bila kucing bersalin

Pada pagi Jumaat lalu iaitu 30-december 2011, "Laila" ibu kucing muda berbaka persian flatface dengan selamatnya melahirkan anak-anaknya seramai enam ekor.Ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya melalui proses kelahiran tanpa sebarang masalah yang serius.


Namun begitu, proses peneranannya diambil dalam ulangan setiap 15-20 minit untuk melahirkan anak-anaknya tiada masalah sehingga anaknya yang ke enam tetapi proses pemecahan karung,pembuangan uri dan tali pusat dari setiap anak-anaknya masih tidak dilakukannya dengan sempurna.
Ketika ini adalah perlu bagi kita membantu proses kelahiran ini iaitu tolong membuang tali pusat dan uri yang tidak "dimakan"/di"potong"nya.Apa yang perlu kita bantu adalah memotongnya secepat mungkin untuk membolehkan anak-anaknya merangkak ke arah ibunya untuk susuan dan kepanasan suhu badannya.

Anak-anak kucing comelnya sedang disusui ibunya dan baru berusia empat hari.

Penyediaan kecemasan bila kucing bersalin:
Walaupun secara asasnya ibu kucing tahu apa yang patut dibuat ketika bersalin dan tidak perlukan bantuan dari kita ,perlulah kita bersedia membantunya ketika kecemasan.
a> Kain,kapas, putik kapas ,gunting kecil , sarung tangan dan antiseptik
Ini perlu untuk kita membantu membuangkan tali pusat/uri serta juga karung jika tidak dilakukannya kerana boleh menyebabkan kematian lemas
b> Pemerhatian dari jauh
Ini untuk memastikan keadaannya bersalin tanpa masalah dan jika terlalu hampir dengannya boleh menyebabkannya rasa tidak selesa dan tertekan.Keadaan ini boleh menganggu proses teran.
c>Bertindak jika perlu
Ini amat penting kerana jika kita membantunya terlalu awal sebelum ibu kucing buat sendiri proses pembersihan/pembuangan tali pusat/uri dan secara tindakbalasnya,ibu kucingmengharapkan kita pula dalam hal ini.HANYA bertindak jik ibu kucing tidak buat sendiri.

***Ini adalah atas pengalaman yang dihadapi tempohari di mana kesemua tali pusat/uri tidak disentuhnya langsung dan terus masuk proses peneranan untuk melahirkan anak seberikutnya.Walaupun dapat membantunya seekor darinya mati dalam masa 24jam,dan lima saja yang tinggal****

5 comments:

Anonymous said...

saye nak kucing,bela dia ,dan nak pegang anak dia ,tpi ibu saya geli dengan anak kucing dia pulak,,,hmmm :( tak pe lah .. bela ikan guppy je

Anonymous said...

kucing saya dah bersalin semalam.. tapi arini bru saya perasan tali pusat anak die ad tinggal skit.. nak ptg ke atau nk biarkn?

Kucing Utara said...

potong ataupun biarkannya sebab nanti akan luruh/jatuh sendiri

Unknown said...

Jika kucing dah melahirkan jam 4pagi dan 4ptg baru perasan yang ke 6 ekor ank kucing tali pusarnya telah bercamtum..apa yg perlu sy lakukan

Unknown said...

Jika kucing dah melahirkan jam 4pagi dan 4ptg baru perasan yang ke 6 ekor ank kucing tali pusarnya telah bercamtum..apa yg perlu sy lakukan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...