Nufnang Ads

Monday, February 13, 2012

Makanan Anjing Tidak Untuk Kucing

Mungkin di antara kita tidak terfikir akan berbuat sebegini iaitu memberi makan kucing kesayangan kita dengan makanan anjing yang ada di dalam pasaran samada dryfood-kering ataupun wetfood-basah.Apa yang penting kita perlu ketahui fakta disebalik kehendak kedua-dua haiwan peliharaan ini.

Perbezaan Kehendak Zat Makanan:
>TAURINE adalah satu daripada acid amino yang diperlukan oleh kedua-dua haiwan ini samada anjing mahupun kucing tetapi masalahnya adalah kucing tidak boleh menghasilkan Taurine secara bioligikal dalam proses badannya tetapi anjing berkebolehan sebaliknya.
>>Makanan anjing mengandungi kandungan Taurine yang minima dan mungkin tiada langsung.


>VITAMIN A juga salah satu vitamin yang amat diperlukan kucing kerana ianya tidak berkebolehan untuk menghasilkan vitamin A secara biologikal dari Beta Carotene sebagaimana yang dapat dihasilkan oleh anjing dengan sendirinya.
>>Makanan anjing tidak mengandungi kandungan Vitamin A atupun mungkin dalam jumlah yang minima.

>PROTEIN adalah sumber terpenting dalam kandungan diet seharian untuk kucing kerana bersifat carnivor(Pemakan daging) berbandingkan anjing yang bersifat omnivor (pemakan daging & tumbuhan).
>>Makanan anjing mengandungi kandungan protein yang tidak dapat memenuhi kehendak seharian protein utnuk kucing.

***Kekurangan "taurine" kepada kucing boleh menyebabkannya akan hadapi masalah kesihatan di masa hadapan***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...