Nufnang Ads

Monday, April 16, 2012

Lemon menghapuskan Kutu Kucing

Kutu adalah masalah terbesar di kalangan haiwan berbulu panjang seperti kucing & anjing dan ianya mula tersebar di awal kelahiran anak-anak kucing.Sekiranya dibiarkan boleh mengundang pelbagai masalah berkaitan bulunya ,gugur,membotak serta juga kulitnya akan rosak kerana kegatalan kesan gigitan kutu.

Kutu Anak Kucing:
Masalahnya timbul sekiranya kutu sudah menginapi anak kucing yang masih kecil dan belum boleh dimandikan(sebaiknya anak kucing berumur lebih 3bulan baru boleh dimandikan).Cuma kaedah semulajadi dapat mengatasinya dengan menggunakan limau kuning ataupun "lemon" kerana shampoo berubat agak sensitif kepada kulit anak kucing.

Cara membuat ubat kutu kucing:
Bahan yang diperlukan adalah mudah :
1) Limau kuning "lemon"
2) Air didih

>Potong/hiris limau seperti photo diatas
>Masukkan hirisan limau beberapa keping dalam mangkuk
>Tuangkan air didih ke dalam mangkuk dan biarkan semalaman ( 24jam)
>Selepas semalaman ,isikan air limau ke dalam botol spray untuk "memandikan" anak kucing secara semburan.
Kaedah ini juga boleh digunakan untuk kucing dewasa dan yang terbaik untuk kucing dewasa adlah memandikannya air limau ini di dalam sink...

****Air limau ini kaya dengan "D-Limonene" yang menyakiti kutu-kutu di badannya dan ini adalah petua semata-matanya dan hasilannya tidak dijamin****

7 comments:

Norzie hany said...

Banyak juga khasiat lemon ye....Boleh dijadikan ubat.

meowwmania said...

wahh bagus lah petua nih, nak cuba lah...thanx :)

Anonymous said...

kalu guna limau kasturi agak agak berkesan tak

Cat4U said...

xberkesan

salehuddin abd aziz munandar said...

Wahh. Betu ker. Kalau betul nak cuba la jugak. Mana tahu berkesan . Tq.

sarzana said...

ada tak yg da cuba buat..?mcmne kesannye? saya ada anak kucing umur dalam lingkungan 4 bulan,blh ke buat mcmni dgn cara spray @ mandikan dgn air lemon tu ye kalau usia 4 bulan?

Anonymous said...

tok kucing tgk bunting bleh ker try petua nie?...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...