Nufnang Ads

Friday, April 13, 2012

Vaksin Untuk Kucing


Vaksin adalah untuk membantu serta menambah baikkan sistem imunisasi kucing dan bermula seawal zaman "kanak-kanak" kucing ataupun anak kucing.Pemberian ini amat digalakkan supaya ianya dapat melawan penyakitnya yang tersebar di antara mereka.Kucing agak lemah dari segi melawan penyakit berbahaya dna simptomnya adalah Selsema.


Umumnya kucing yang berumur 8 – 9 minggu boleh mendapat suntikan vaksin. Ini kerana antibodi yang di terima melalui susu ibunya yang mengandungi kolostrom tidak lagi kuat. Tetapi tidak semua anak kucing yang sudah mencapai umur yang sepatutnya mendapat vaksin boleh di berikan suntikan vaksin, ini kerana badan mereka tidak semua 100% normal dan kuat.Sila rujuk kepada Vet.


Contoh Jadual vaksinasi kucing :
Umur 8-9 minggu
  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
  • Pemberian ubat cacing
Umur 12-14 minggu
  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
Umur 20 minggu
  • Pemeriksaan umum
  • Vaksinasi Rabies

2 comments:

atie razatie said...

bolehkah ubat cacing dibeli atau hanya boleh dapatkannya di klinik sahaja?

Kucing Utara said...

ubat cacing mudah didapti di petshop

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...