Tuesday, May 8, 2012

Cacing TAPEWORM jangkiti kucing

Jika kucing kita miliki menunjukkan serta mengalami cirit-birit yang teruk serta berterusan dan agak keletihan serta kurang bermaya , besar kemungkinan ianya di jangkiti sejenis cacing "Tapeworm".

Tanda-tandanya dijangkiti Tapeworm
>Boleh dilihat di bahagian pungung./bontot kucing beberapa butiran seperti kepompong telur yang secara fizikal keras bersaiz dalam linkungan 2mm dan tersangkut di bulu-bulunya di bahagian belakang pungung.
>Kucing akan kerap menjilat serta menyucikan bahagian bontotnya "anus".
>Sukar kencing
>Demam , batuk-batuk
>kurang selera makan ataupun sebaliknya

Bagaimana Ianya dijangkiti?
Ianya dijangkiti disebabkan oleh pembawa larva cacing ini samda melalui kutu dan tikus.

>>KUTU~ Jika kucing dihingapi kutu , kucing terpaksa menjilat-jilatkan bulu kerana kegatalan hasil dari gigitan kutu serta juga untuk menyikat-keluar kutu dari bulunya, tetapi ada juga kutu-kutu yang tertelan olehnya semasa proses ini.Sekiranya tertelan kutu , larva cacing yang sudah menjadikan kutu sebagai "rumah tumpangan" host akan aktif dan membiak di dalam perutnya
>>TIKUS~ adalah sejenis mamalia yang gemari benda-benda kotor juga dijadikan sajiannya tidak terkecuali najis kucing,najis dan lain-lain.Najis ini adalah juga "rumah tumpangan" untuk telur-telur tapeworm.Jika kucing termakan tikus yang dicemari dengan telur tapeworm , sudah tentu larvanya membiak di dalam perut kucing.

Rawatan:
Dapatkan rawatan dari veterinarian untuk penghapusan cacing-cacing ini  kerana Tapeworm ini juga boleh berpindah dan membiak di dalam badan manusia serta haiwan peliharaan lain seperti anjing.


Pengawalan:
>>Kutu...jangan ambil mudah sekiranya kucing mempunyai kutu
>>Tikus...elakkan kucing memakan tikus sebab ini adalah punca sebarang penyakit berbahaya kepada kucing.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...