Monday, May 28, 2012

Malaseb Rawatan kurap kucing

Kurap kucing adalah salah satu jangkitan yang paling mudah dihidapi oleh kucing samada berbulu pendek ataupun panjang dan kesannya begitu ketara kerana kegatalan yang dirasainya amat menyakitkannya.Tindakbalasnya secara spontan adalah mengaru-garu sehingga kulit serta bulunya rosak teruk.
Kurap kucing terjadi disebabkan sejenis kulat"Fungus" yang menyebarkan "spora' benih dan akan menyerap ke dalam kulit kucing dan bertindak dari dalam sehingga ke permukaan kulitnya serta juga menganggu akar umbi bulu kucing.Spora ini pula sangat aktif jika persekitaran yang berkelembapan tinggi serta bercuaca panas seperti negara kita.Malahan "spora" ini boleh bertahan sehingga 2 tahun jika masih lagi di dalam persekitaran walaupun belum dapat menumpang hidup di sebarang "rumah tumpangan" seperti anjing, kucing, arnab dan lain-lain.

Malaseb Shampoo 

Salah Satu Kaedah Rawatan yang merawatnya yang mujarab :
1) Shampoo berubat untuk Fungal seperti Malaseb
>Dengan memberikannya mandian bershampookan shampoo berubat seperti "Malaseb".
>Diberikan mandian seminggu 2 ~ 3kali bergantung kepada tahap kurap yang dialaminya
>Diperapkan ataupun dibiarkan selepas menyapu shampoo ini dalam masa 3- 5 minit sebelum membilasnya
>Pastikan kucing dikeringkan sepenuhnya selepas mandi dan boleh menggunakan alat pengering rambut.

***Atas pengalaman "warga kucing" di sini Malaseb adalah yang paling berkesan dalam mengatasi masalah kurap kucing "Ringworm" yang disebabkan oleh fungus/kulat kurap ini dan penggunaannnya dapat merawatnya dalam masa 1 bulan.Tetapi hasilnya mungkin berbeza kerana bergantung kepada kucing***




3 comments:

Unknown said...

mana nak beli malaseb ni? saya tinggal di permatang pauh

anna said...

apa kesan kalau guna malaseb yang dah expire..sbb saya baru perasan org kedai tu bagi saya yg dah expire 6 bulan??
so kesan dia kurang ke??

Kucing Utara said...

mngkin krng berkesan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...