Saturday, June 23, 2012

Makanan Kucing bergaram

Garam iaitu "Sodium chloride" adalah garam yang digunakan seharian dalam kehidupan kita.Malah juga diperlukan oleh semua kehidupan termasuk kucing kesayangan kita kerana garam mempunyai fungsi ataupun tugas yang perlu di lakukan dalam penghadaman makanan.


Fungsi Garam dalam pemakanan kucing:
> Garam membantu mengimbangi kadar cecair di bahagian dalam dan luar sel badan untuk setiap benda hidup.
> Sodium dari garam ini pula berfungsi untuk membantu sebagai media dalam membawa nutrisi/zat ke dalam sel badan serta juga mengasingkan bahan buangan yang tidak di perlukan.
>Chloride pula sebagai elemen/unsur untuk mengimbangikeadaan kadar asid/alkali di dalam badan.
>Kehadiran Chloride juga penting  dalam penghasilan HCL (hydrochloric acid) iaitu asid penting yang diperlukan kucing untuk menghadamkan/meleraikan protein yang dimakannya kerana kucing adalah mamalia yang makan daging.


Kadar Garam Yang Diperlukan Kucing:
>Secara asasnya garam juga penting dala pemakanan kucing dan produk makanan kucing yang terdapat di pasaran sudah tentu mengandungi kadar garam yang diperlukan kucing berpandukan kepada AAFCO ,namun berbeza dari segi jenama.
>Kadar garam yang disarankan dalam makanan dryfood (kibble) adalah dalam kadar 0.2% sodium dan 0.3% chloride untuk makanan kucing.

**Secara umumnya makanan kucing memang bergaram sedikit untuknya dalam proses penghadaman dan apa yang penting adalah kucing perlu meminum air selalu dan banyak semasa /selepas makan ***

1 comment:

ctpayong said...

info serta nasihat yg bagus.

kakCT mmg sediakan tempat minum mereka merata-rata sbb mereka semua kakCT biarkan lepas bebas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...