Monday, June 4, 2012

Tumbesaran berat badan anak kucing

Anak kucing yang baru dilahirkan mempunyai berat badan secara puratanya di dalam lingkungan 100 gram.Dengan penyusuan terus dari ibunya , anak kucing akan menambah berat badannya dalam lingkungan antara 7 sehingga 15 gram sehari.Dalam masa seminggu ataupun 10 hari berat badannya menjadi 2 kali ganda dari berat badan semasa dilahirkan(sekiranya anak kucing adalah jantan lagi cepat dan banyak berat badan yang ditambahkannya)


Semasa melewati umurnya 3 mnggu , beratnya sudah menjadi 3 kali ganda dari berat asalnya semasa dilahirkan di dalam lingkungan 400 gram. Graph di bawah menunjukkan secara umumnya perubahan tumbesaran berat badan anak kucing sehingga umur setahun,.....


Selepas anak kucing mencapai umurnya 6 bulan ,kadar penambahan berat badannya tidak lagi berubah ataupun bertambah dengan kadar tinggi dan cepat  tetapi masih lagi menampakkan penambahan berat badan dan bila umurnya sudah mencapai setahun berat badan tidak lagi bertambah secara ketara dan makanan yang dimakannya sekadar untuk keperluan harianSekiranya bertambah ketika ini , ianya memasuki alam kegemukan....

2 comments:

Anonymous said...

tumpang tanya,anak kucing dlam gambar di atas umur brape ye

Kucing Utara said...

5minggu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...