Geng Meow

Sunday, July 15, 2012

Kucing makan Durian

Cerita sebegini iaitu kucing pun makan durian bukan lagi menjadi perkara luar biasa di kalangan masyarakat kita terutamanya kucing kampung yang lebih banyak terdedah kepada alam luar.
Sesetengah kucing tertarik kepada bau buah durian yang kuat dan akan memakannya ,manakala ada pula langsung tidak pedulikannya malah menghindarkan dirinya dari mendekati buah durian kerana baunya.Ini sama sperti kita juga iaitu tidak semua orang boleh menerima buah durian ini.


Kenapa kucing memakan buah durian?
Secara asasnya kucing adalah jenis carnivor iaitu pemakan daging sebagai sumber dietnya.Buah durian yang berbau kuat ini menarik perhatiannya kerana deria hidu kucing amat peka kepada benda-benda si sekelilingnya.Kucing juga bersifat ingin tahu curios yang tinggi lalu dijilatnya sedikit seulas buah durian dan terus menikmatinya kerana rasanya agak menarik.Tetapi kucing tidak akan tertarik kepada buah durian yang masih belum dikupaskan walaupun berbau kuat kerana duri-duri yang menghalangnya menghampiri buah tersebut.

*SITI* anak kucing sedang memakan buah durian dan akan tertarik kepada bau buah durian yang sudah dikupaskan.

 Bolehkah kucing memakan buah durian?
Ada kemungkinan ,Kucing juga boleh mengalami cirit birit setelah memakan buah durian kerana masalah penghadamannya.Ada juga kucing yang hilang suaranya kerana makan terlalu banyak.Jika diberikan selalu mungkin boleh meracuninya.

***Harimau memang gemar memakan buah durian serta juga pandai mengopek ataupun mengupaskanya sendiri,Ini kerana bau buah durian yang kuat menarik perhatiannya terutamanya di musim buah***



3 comments:

Outbound di malang said...

salam kenal ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...

Sumayyah Nadhirah said...

YUPS...kucing maya amat gemar mkn durian..kadang2 xbg takut badan die panas...tp die cube gak nk dptkan seulas

KucenMaster said...

sy pon x suke bau durian.pening.kucing suke ke tak, tatau la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...