Nufnang Ads

Friday, August 10, 2012

Kenali Earmites Kutu telinga

Kutu telinga dikenali sebagai Otodectes cynotis (ear mite) dan mudah menjangkiti kucing ,anjing dan juga binatang mamalia lain seprti ferret ,musang.Linkaran hidupnya bermula selepas telurnya menetas lebih kurang dalam masa antara 3-4 minggu untuk jangkahayat kutu dewasa.

Kutu telinga adalah mikroskopik parasit bersaiz terlalu kecil dan hanya bersaiz 0.3 mm saiz kutu jantan yang lebih kecil dibandingkan dengan saiz kutu betina di antara 0.4 hingga 0.5 mm  dan sukar dilhat dengan mata kasar.

Fakta kajian jangkitan kutu telinga:
Anjing>>33% dijangkiti
Kucing>>28% dijangkiti
Kucing berbulu panjang>>75% dijangkiti

Kesan Jangkitan
>Kutu telinga yang hidup menumpang di dalam alur telinga kucing akan merangsangkan pembentukan "wax" cecair telinga (umumnya diketahui sebagai tahi telinga) secara berlebihan dan akhirnya memerangkap segala bakteria/kesan darah/benda asing yang menyebabkan tahi telinga menjadi kerak keras.
>kucing yang dijangkiti akan rasa tidak selesa kerana kehadiran kerak keras tahi telinganya akan mengaru-garu disebabkan kegatalan di samping menyebabkan luka-luka terutamanya di tepi telinga serta juga di dalam cuping telinga.
>Kesan cakaran lukanya sendiri mengalakkan kehadiran bakteria lain dan menyebabkan mengalami masalah kulit seperti dermatitis juga kehilangan bulunya serta berkudis.
>Sekunder bakteria ini juga menyebabkannya mengalami demam,tertekan dan lain-lainnya.


Caranya merebak
>Kucing akan mengaru ataupun mencakar sekuat yang mungkin untuk mengeluarkan apa yang dirasainya menganggu telinganya dan ini akan tersebar kepada kucing lain.
>Kucing juga kan mengeleng-gelengkan kepalanya juga boleh menyebabkan kutu telinga tersebar keluar.

Kawalan & Pencegahan
Disebabkan kutu telinga mudah menjangkiti sebarang kucing ,pengawalan adalah penting iaitu:
1) Cucikan selalu telinganya jika terdapat sebarang tahi telinga dengan ear cleaner.
2) Jika ada di antara kucing yang mengalami maslah kutu telinga, kucing yang lain pun perlu DIRAWAT juga walaupun tiada kutu telinga untuk mengelakkan jangkitan.
3) Kucing yang dijangkti perlu diasingkan dari kucing yang lain.
4) Pemeriksaan &rawatan telinga secara berjadual adalah penting dalam pengawalan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...