Thursday, October 11, 2012

Batu Karang Kucing


Batu kristal "Cystitis" secara umumnya kita gelarkannya batu karang yang biasanya terjadi di dalam buah pinggang ataupun pundi kencing kucing sangat menyakitkan serta mengancam nyawanya . Cystitis memberi kesan sikap kepada kencing seperti membuang air kecil di luar kotak pasir ataupun merata- rata dan batu boleh menyebabkan kerosakan pundi kencing dengan menyekat aliran keluar air kencing.Jika kucing berulang kali secara kekerapan memasuki kotak pasirnya tetapi tiada air kencing yang dibuangkannya ataupun terlalu sedikit kuantitinya adalah perlu diberi perhatian segera. Kristal mudah terbentuk secara normal dalam air kencing kucing walaupun kucing di dalam keadaan normal serta sihat dan ini bersifat sementara saja.

Apa yang menyebabkan Batu Pundi Kencing Dan Buah Pinggang?
Beberapa perkara yang menyumbang kepada pembentukan batu saluran kencing.
>Jika kepekatan garam mineral adalah terlalu tinggi dalam air kencingnya,mendakan ini akan tersalur keluar melalui setiap lapisan di buah pinggang atau jauh ke bawah saluran dalam pundi kencing serta termendak membentuk batu.
>Air kencing kucing secara semulajadinya berasid. Garam mineral yang lebih ber-akali adalah kurang larut dalam air kencing adalah faktor pembentukan batu.Pembentukan batu juga berbeza serta bergantung kepada jenis Baka tertentu.Batu juga terbentuk kerana kepekatan garam asid amino yang berlaku di dalam darahnya .
>Dehidrasi ‘kekeringan/kekurangan air dalam badan” juga meningkatkan kepekatan mineral dalam air kencing dan boleh meningkatkan pembentukan batu. Kucing betina adalah lebih mudah terdedah kepada jangkitan saluran kencing dan batu kerana fizikal saluran kencing yang lebih pendek. kucing yang dilahirkan dengan kecacatan dayatahan diri imuniti mukosa adalah lebih mudah terdedah kepada jangkitan saluran kencing.

 Tiga Punca utama batu karang kerana makanan kering DryFood
>Makanan kering terlalu tinggi dalam karbohidrat,
>Mengandungi jenis protein yang tidak sesuai untuk kucing (tumbuhan, bukan haiwan)
>Tidak mengandungi kelembapan yang cukup.
>Magnesium adalah zat penting untuk kucing. namun, lebihannya dalam  makanan kucing akan menggalakkan pembentukan kristal untuk air kencingnya kerana lebihan ini akan terkumpul dan membentuk kristal 

Rawatan bergantung kepada bagaimana sakit kucing adalah selepas diagnosis
>Air

Kucing yang tidak/kurang minum dan makan adalah berisiko dehidrasi kekeringan air dan pemberian air untuk beberapa hari - sama ada dengan diminumnya sendiri ataupun disuapkan akan membantu mengimbangi kadar air badannya serta juga air juga membantu melincirkan proses pembuangan toksin dari sistem buah pinggangnya. Air serta lembapan mencairkan kepekatan kencing kristal, sekali gus mencegah pengumpulan serta pembentukan batu karang.
>Diet

Faktor utama rawatan adalah diet/pemakanannya. Iaitu makanan yang berprotein rendah,fosfat rendah akan mengurangkan beban pemprosesan buah pinggang serta mengurangkan kadar toksin dalam aliran darah kucing.Makanan berprotein tinggi seperti sumber ikan ataupun ayam tidak baik untuk kucing mengalami batu buah pinggang serta juga makanan dryfood juga tidak sesuai kerana kurang kadar kelembapannya yakni air.Makanan basah Wetfood  yang berprotein rendah adalah terbaik kerana secara tidak langsung “air” dapat diambilnya ketika memakannya. Dalam kebanyakan kes batu karang kucing, kucing perlu minum lebih banyak air dan makan makanan basah & STOP makanan kering dryfood.


>Antibiotik
Antibiotik boleh digunakan jika sampel darah atau air kencing menunjukkan tanda-tanda jangkitan bakteriadalam buah pinggang.
 

1 comment:

Unknown said...

Bagaimana pula jika kucing dah pun buat op batu karang tp masih lagi x mahu kencing or kencing masih lg sedikit2? Kucg masih lagi mkn ubat yg dibekalkn vet..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...