Nufnang Ads

Saturday, October 27, 2012

Kenapa Kucing Menjilat Kemaluannya?

Kucing dalam hidupan sehariannya, membersihkan dirinya dengan cara menjilat-jilat bulu-bulu badannya adalah perkara rutin baginya ,namun jika ianya berbuat secara kerap ataupun berlebihan , mungkin ianya menghadapi masalah kesihatan.Mengenali sebab-sebabnya kucing menjilat bulunya adalah sesuatu yang perlu kita ambiltahu sebagai langkah-langkah untuk ketahui samada ianya bersikap normal ataupun tunjukkan tanda-tanda sesuatu.


Kucing yang selalunya menjilat di bahagian kemaluannya atau sekitar ekor mereka kerana pelbagai sebab. Antara yang paling biasa ialah:
Jilat kemaluannya
>Kucing betina selalunya akan menjilat kawasan vulvar apabila mereka berada dalam “Heat” ataupun galak.(kucing jantan pun berkelakuan begini masa musim mengawannya)
>Kucing betina  juga akan menjilat kawasan kemaluannya jika mereka mempunyai jangkitan rahim (pyometra) kerana terhasilnya vaginitis yang menyebabkan gatal-gatal yang teruk.
>Kucing betina menjilat  kawasan kemaluan vulvanya adalah apabila ianya hampiri waktu melahirkan anak-anaknya.
 Anal gland disease

kucing mempunyai dua kelenjar dubur (juga dipanggil "anal sacs" =kantung dubur) pada setiap sisi pembukaan dubur. Ini boleh menjadi terjejas atau dijangkiti dikenali sebagai Anal gland disease. Jika ianya  sering  menjilat kawasan itu adalah caranya  untuk melegakan tekanan dalam kelenjar. 

 Kutu/Parasit
Kutu sering menggigit atau ditemui di pangkal ekor - Kucing  akan menjilat bulu-bulunya di bahagian ekornya atau sambil  mengunyah serta mengigit kutu yang terdapat disitusebagai langkah menghapuskan kutu-kutu yang mendiaminya.
Kucing  juga  akan menjilat kawasan dubur jika ia mempunyai cacing,  Walau bagaimanapun, kebanyakan kucing  yang dijangkiti  cacing, tidak  semuanya menunjukkan tingkah laku ini
 
****kucing juga  menjilat dikawasan bawah pungungnya atau sekitar ekor sebagai proses biasa dandanan “grooming”.. Jika kucing kesayangan menjilat berlebihan, walau bagaimanapun, ia mungkin tanda masalah perubatan dan anda perlu hubungi doktor haiwan anda.***
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...