Nufnang Ads

Monday, October 1, 2012

Penjagaan kucing pembedahan pemandulan

Penjagaan kucing yang sudah menjalani pembedahan terutamanya kerana pemandulan"spayed" adalah tugas penting yang perlu kita laksanakannya:


Pemakanan selepas pembedahan:
Makanan yang biasa dimakan sudah mencukupi baginya kecuali jika doktor haiwan menyarankan makanan yang bersesuaian mengikut keadaannya selepas dibedah.Tidak perlu bimbang jika ianya tidak akan makan selepas menjalani pembedahan kerana bukanlah sesuatu yang luar biasa baginya yang masih mengalami kesan sakit selepas pembedahan dan kebiasaannya ia akan makan pada malam berikutnya.Menyediakan makanannya yang lebih sedikit & kerap dari kebiasaan untuk mengurangkan kesan sampingan kepada perutnya yang baru menjalani pembedahan .
Jika kucing yang jenis memilih sedikit dan tidak akan makan kerana kesan sakit tempat pembedahan perlulah disediakan makanan berbau kuat untuk mendapatkan perhatiannya supaya makan seperti makanan dalam tin yang mengandungi tuna atau salmon . Elakkan makanan berlemak seperti daging dan daging diproses kerana ini mungkin menyebabkan gangguan pencernaan.
***Kebanyakan kucing yang menjalani pembedahan spayed akan makan dalam masa satu hari. Anda perlu menghubungi doktor haiwan anda jika ianya masih tidak makan selama lebih daripada 24 jam selepas pembedahan****

Mandi selepas pembedahan:Proses penyembuhan/pencantuman kesan jahitan luka-lukanya secara umumnya mengambil masa 10-14 hari dan dinasihatkan bahawa ianya tidak BOLEH dimandikan sebelum 14 hari pertama selepas pembedahan kerana membasahkan jahitannya menyebabkan bakteria boleh memasuki melalui kesan jahitan yang masih belum sempurna serta menyebabkan kerosakan jahitan/luka dan pembentukan nanah.

Penjagaan luka selepas pembedahan:
Biasanya kita tidak perlu berbuat apa-apa yang tentang kesan jahitan luka pembedahannya seperti mencuci dan mandikannya) selepas pembedahan.Perkara yang paling penting yang perlu dilakukan ialah memantau luka untuk memastikan bahawa ia masih kelihatan sihat dan bersih serta tiada tanda-tanda jangkitan.
***Jangan biarkannya menjilat jahitan lukanya kerana inilah punca utama kerosakan luka pembedahan serta menyebarkan bakteria mulutnya ke luka, membasahkan luka serta mudah dijangkiti .Dalam kes-kes yang teruk,sebenarnya kucing cuba menarik keluar jahitan dengan gigi mengakibatkan luka pecah***
Periksa barisan jahitan perut setiap hari untuk sebarang tanda-tanda kemerahan,bengkak dan keadaan luka  pembedahan biasanya akan hilang/sembuh selepas 3-5 hari pertama selepas pembedahan) serta juga untuk tanda-tanda jelas jangkitan seperti cecair kekuningan atau hijau dilukanya ,bernanah teruk atau tanda-tanda bahawa luka berpecah dan lain -lain).Jika terjadi tanda-tanda yang tidak normal seperti ini, perlu dirujuk kepada doktor haiwan.
Pantau sikapnya selepas pembedahan:Kucing akan kembali normal dalam masa 1-3 hari selepas pembedahan dan ianya akan makan, minum, membuang air kecil, air besar dan mula aktif seperti sediakala sepertimana keadaannya sebelum pembedahan.
 Jika ianya masih dalam keadaan tertekan, tidak makan, tidak minum,tidak membuang air besar/air kecil . Anda perlu membawanya ke klinik doktor haiwan dengan segera untuk pemeriksaan lanjut/susulan.

52 comments:

ctpayong said...

terima kasih banyak2 atas info ini sbb lepas raya ni, waiting list utk di spay panjang berderet.

again thank you so much.

Cat4U said...

sama2...ntri ni pun atas pertanyaan visitor samada di blog dn juga FB kucingutara, jdi tergerak nk kongsikan ceritanya

Anonymous said...

tapi kucing sy mati slps 5hari spay...sedih sgt2...rasa menyesal dan berdosa kat dia...dia mati sbb sy....

Nouri said...

hah ye ke...saya baru ingat nak spay kucing saya lepas dia dah beranak dan lepasi tempoh untuk spay..risaunyer...huhuhuhu

Cat4U said...

jika sudah selamat tu xda masalah

Anonymous said...

yer cik nouri...kucing yg amat2 sy syg mati lps spay..kalau sy blh putar blk masa,sy x nak bawa dia buat spay..kalau blh pilih lah alternatif lain..sampai ke hari ni sy menangis terkenangkan dia..tuhan saja yg tahu betapa menyesalnya sy...

papa bubu said...

salam..blh sy tau brpe lama kita kene bg kucing baru dimandulkan makan wetfood?

Anonymous said...

salam. sy memang emergency sangat dah. sy mandulkan kucing & doc arahkan bawak balik ke klinik lepas 10 hari untuk buka jahitan. tp sy terlupa dan terlajak berhari2. sampai lah skrg sy baru perasan yang jahitan dekat perut kucing sy dah tak ada. tp semua ok tak ada apa kesan. cuma jahitan takda. sy nak bawak pergi kedai kucing skrg tp klinik tutup. tolong!

Kucing Utara said...

rasanya xda masalah

masz said...

Kucing sy pn mati lpas neuter..mmg sdih klu kucing yg kita syg pergi mninggalkn kita..klu dpt putarkn balik masa sy xnk neuter kucing sy..kucing lain pn ada tp xsama yg seekor ni..sy dh trauma nk neuter kucing lagi..menyesal dan rasa brsalah..huhuhu

Anonymous said...

Bole letak ubat gamat x dekat luka pembedahan? But kucing sye buat operation sbb x bole beranak.

Kucing Utara said...

boleh...

Fazly Kusairi said...

Kucing sy demam lepas 5 hari kena spayed.. Sy risau la.. Normal ke tak ye??

Kucing Utara said...

selepas pembedahan jika demam(ini adalah symptom bukan penyakit)..yg agak berpanjangan tu elokla refer ke vet yg buat pembedahnnya utk kenalpasti puncanya demam.

Ainaa~ said...

saya ada persoalan

sy ad bela kucing amek dkt org..and dia mmg suka gigit and cakar...

hari tu dia on heat pancut sni sana so solution nye sy pegi kasi..

org kata lepas kasi akn jinak ,manja skit...tp walaupun sy layan dia kdg2 pun dia suka sgt gigit...

and berat badan dia biasa je x naik2 wlau dia kuat mkn..

ke sbb dia xd kwn? tp sbb sy rumah tmn mak x bg bela byk2..

harap dpt beri bantuan ap yg sy nk lakukan :(

Kucing Utara said...

pancut merata adalah tandaan kawasannya..xda kaitan dgn nafsu mengawannya tpi utk keselesaan & keselamatan utk dirinya.Cakar/main kasar pun nalurinya kerana mereka suka memburu..di"kasi"kan hnya dpt mmbntu ianya mmberontak/meraung2 gila2 sja

Leya Husin said...

hye..sy nak tnye...khamis lepas sy spay kucing sy.. tp sampai sekarang kucing sy xmakan n xminum...kenapa yek??dia asyik tdo je..

Leya Husin said...

Hye...sy nak tnye..khamis lepas sy spay kucing sy..tp smpai skrg dia xmkn n xmnum...kdaan nie normal ke??

Kucing Utara said...

ya ...sbb jika ianya masih mkn ubat-ubatn yg dibekalkn ..kucing masih lagi "mabuk"..jika berterusan sehingga keadaannya lemah/xbermaya perlu bwa utk medical c/up di klinik yg sama

Anonymous said...

Nk tnya ms kucing lps menjalani spay berapa lama tempoh dia mabuk...kucing sy dh msok 8 jam lps mjalani proses pemadulan tp msh baring g... x da apa2 ke... adakh perlu kt bg minuman mgunakan sirin or biarkan sehingga tempoh 24 jam.

Anonymous said...

Salam nak tanya, saya baru spaykan kucing saya minggu lepas, luka nampak dh kering and baik sikit tapi kenapa mcm gelembung ye, dia mcm bulat tp dlm bdn bkn mcm kudis, mcm perut buncit gitu lah, tp kat kwsn luka tu je, nak tanya bahaya tak or just perut masuk angin je....mohon penjelasan, dh 3hari mcm ni...😡

Kucing Utara said...

Antara Kesan pemandulan adalah bengkak dipmbedahnnya seperti bengkak radang,Ketulan,hernia bernanah dll. Bengkak radang trhasil dari trauma dalam tisu di di kwasan pembedahan yg juga t/balas penyembuhan semulajadi. Bloated /kembung mungkin bersifat smentara sja dan ada juga kucing yg dimandulkn memang akan nmpak perutnya jdi membulat

Anonymous said...

Saya da mandulkan kucing saya 18 ogos...24 ogos benang jahitan da terbuka..ok ke...atau terlalu awal..perlu ke sy rujuk ke vet

Anonymous said...

Saya da mandulkan kucing saya 18 ogos...24 ogos benang jahitan da terbuka..ok ke...atau terlalu awal..perlu ke sy rujuk ke vet

Kucing Utara said...

seeloknya rujuk kembali ke vet sbb jahitan terbuka boleh mudaratknnya kerana infection/jangiktan kuman dll

Myra Ellery9491 said...

Saya nk tnye..kalau kesan bengkak...bwa g klinik ke??

Kucing Utara said...

Jika kemerahan, bengkak, sakit, atau ada cecair keluar dari tempat pembedahan itu,,,elok ke klinik kembali.terutamanya jika ianya tidak bermaya/letih dan tidak makan, ini boleh menjadi serius.

Chicz said...

Tumpang tanya. Kucing betina saya baru masuk hari ketiga since dia dimandulkan. Di rumah, kucing perlu dikurungkan dalam sangkar atau boleh dilepaskan berkeliaran (indoor)?

Kucing Utara said...

xda masalah ..yg penting kesan jahitannya elok

pamella nur said...

kalau merah semakin besar..knpe ea...merah die..cm pecah darah dlm kulit...cm da biru2x...dan hampir merebak ke tmpt lain juga

Unknown said...

Salam..cat lover ..ad hal yg mrnsingkn sya psl kcing sya mohon dberi pncerahan..pd 25.6.2015 kcg sya dh spay ,alhmdllh dye sembuh blik spt biasa mlh smkn mnja ttpi yg mrnsgkn sya start ptg smlm11.10.2015 smpai ke ar ni dye mnjkkn simtom2 mngawan.mengiau xbrhnti,ttunggeng,adakah ini normal, adakah ianya mmg akn blku wlpn dh spay..tq

Zaidi Shukran said...

Salam..cat lover ..ad hal yg mrnsingkn sya psl kcing sya mohon dberi pncerahan..pd 25.6.2015 kcg sya dh spay ,alhmdllh dye sembuh blik spt biasa mlh smkn mnja ttpi yg mrnsgkn sya start ptg smlm11.10.2015 smpai ke ar ni dye mnjkkn simtom2 mngawan.mengiau xbrhnti,ttunggeng,adakah ini normal, adakah ianya mmg akn blku wlpn dh spay..tq

Kucing Utara said...

ya...tiada masalah sbb bergntung kpda hormone kucing tu sendiri secara detailnya sila rujuk entri blog bertajuk 'kucing dimandulkan galak kembali'

Sandchild Kage said...

Hello 👋 all. Nak tanya ni. Lepas spay boleh terus kasi makan & minum ke?

Kucing Utara said...

boleh

Ayu MAn said...

kucing saya spay pada hari khamis.. hari jumaat pg dia dag mula mkn Dan minum.. masuk hari sabtu Dan ahad dia xmkan langsung... minum air saja... saya ada suapkan mknan.. dia berdengus marah... xlama lepas tu dia muntah... dia bnyak tidur saja.. saya risau... adakah benda ini normal? kesan luka spay OK.. xda bengkak nanah ....

Kucing Utara said...

xda masalah sbb mmng begitu tindakbalasnya selepas pembedahn

Ayu MAn said...

dia nmpak lemah setiap Kali bgun tidur, dia akan pergi minum kemudian kencing kemudian tidur balik... ada saranan apa2 tak untuk dia makan semula... saya risau.. ni Kali pertama saya spay kucing..

Kucing Utara said...

sebab dia dlm selfhealing nya ,,selagi dia minum tu ok

Ayu MAn said...

terima kasih lega hati saya sekarang...

Anonymous said...

Kucing saya baru je neuter (kucing jantan) selepas 3 jam pembedahan kucing terkencing dalam carrier menyebabkan luka bekas neuter basah. Apa patut saya buat?

Anonymous said...

Nak dapat kepastian...mmg kat atas dah ada soalan mcm ni...tapi saya still nak tanya..hari ni dah msk hari ke 4 slps spay..saya risau badanya smkn kurus...tak brp nak mkn.rasanya dah 2 hari dier tak berak. Mcm mn nak buat.minta nasihat.lagi satu bila masa yg sesuai utk kita buka kolar pd lehernya sbb rasa dier krg selesa dgn kolar tu.

Anonymous said...

Hi,kcing sy dah msuk smnggu 2 hri slepas spay. Mkan mnum smua normal. Jhitan pun dah buka.. Ttpi bhgian pembdhan dia ada ketulan? Is it normal?

Kucing Utara said...

normal dari kesan jahitan jika terhasil lump..tpi sila pantau keadaan jika semakin membesar dan perlu ke vet

Unknown said...

Hello...kenapa kucing after spay air liurnya meleleh

Kucing Utara said...

simptom sementara kerana ubatan semasa spay

Zian Sueed said...

hi, peanut saya baru di spay 1 minggu, dia sangat aktif dan asyik nak keluar je dari cagenya..saya selalu pantau jahitan dia tu, kelihatan sedikit benjolan dan ada luka sikit..adakah itu normal? sabtu ni akan bwk dia pergi follow up checkup.

Kucing Utara said...

bekas jahitannya masih baru dan jika ia aktif akn memudaratkannya ...elok ke klinik utk pemriksaan susulan

◤därkspidєrz◥ said...

Hi. Kucing sy br spay 17 oct lps. Tp dlm sminggu jahitan tcabut dan luka belum bcantum. Jd bwk ke vet kali ke2 utk jahit bhgn luar. Skrg luka dh fully cantum cantik.

Mslhnya :
-ada benjolan keras kt situ.
-Ada jgk mcm tompok merah kt lapisan kulit (mcm pendarahan berlaku dr dlm)

Tu normal ke? Sy takut ada pendarahan dalaman je. Tlg bantu..tq

Kucing Utara said...

benjolan terhasil sebb jahitan kali kedua dan tompokan merah tu sebb masih baru lagi jahitannya

Aya Hney said...

Salam hi nak tanya saya baru mandulkan kucing saya semalam.. jadi bila boleh buka balut kt tempat operation tu ye..

Kucing Utara said...

balautan adalah utk elakkan jangkitan kuman dan juga elakknnya menjilat.Biarkannya berbalut sehingga betul2 sembuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...