Nufnang Ads

Saturday, November 17, 2012

Kenapa Kucing alah kepada Susu

Susu tidak diperlukan dalam diet kucing dewasa , namun diperlukan terutamanya kepada anak kucing.Walau bagaimanapun, Sesetengah anak kucing tidak boleh menerima susu kerana mereka tidak menghasilkan enzim yang dipanggil laktase. Laktase membantu penghadaman laktosa, yang terdapat di dalam susu. Selepas bercerai susu, tahap penghasilan laktase akan berkurangan sebanyak ~10% .


Sesetengah anak kucing akan mengalami cirit-birit , jika laktosa dari susu yang diminumnya diperbuat  daripada haiwan tenusu.Ini dipanggil "Tidak toleransi laktosa"."Tidak toleransi laktosa", adalah gangguan pencernaan yang disebabkan oleh ketidakupayaan untuk memecahkan gula dalam susu. Masalah yang timbul adalah gula yang tidak dihadamkannya akan membentuk persekitaran yang sempurna bagi bakteria untuk menumpang di dalam saluran usus dan menyerang perut.
Tahap tinggi laktosa dalam susu lembu adalah melebihi keupayaan kucing untuk mencerna atau menghadamkannya. Ini adalah sebabnya anak kucing sering/mudah mendapat cirit-birit akibat meminum susu lembu. Ini bermakna bahawa susu tenusu yang diperbuat untuk kita adalah tidak sesuai untuk kucing.



Anak kucing, secara semulajadi boleh menerima susu ibu mereka, tidak semestinya imun kepada masalah ini dan juga boleh cirit tetapi tidaklah teruk. Anak kucing dan kucing secara umumnya alah kepada susu lembu, tetapi bukan susu ibu mereka. Langkah terbaik  adalah menghadkan atau  menghindarkan produk tenusu daripada diet haiwan kesayangan anda.



Simptom Anak kucing "Tidak toleransi laktosa".
~Tanda-tanda yang paling ketara "Tidak toleransi laktosa" adalah muntah-muntah & cirit-birit kerana sistem pencernaan tidak boleh berfungsi dengan betul. Kadang-kadang kucing akan minum jumlah air yang berlebihan untuk mengelakkan dehidrasi>kering air badan<.
~ Juga reaksi alahan yang lain adalah penghasilan lendir dari mata atau hidung juga boleh terjadi kepadanya,walau bagaimanapun ini adalah amat jarang terjadi.

4 comments:

saffa saffi said...

hyy..plez tuan unya blog reply my mesej..ok kucing saya dia x mau makan..maybe x lalu.apa sebab nya??sedih bila tengok perut dia kempis.dia sakit apa???eh!pelik..tolong balas..dia sakit teruk sakarang..dan dia asyik muntah keluar susu maybe kerana minum susu??dan sjak dia muntah saya bagi minum air kosong je..saya bagi whiskas dia x makan,bagi nasi pin x..dia minum air jer..balas kat blog saya..http://saffasaffi.blogspot.com/

K.U said...

hai...kucing awk ni tunjukkn tnda2nya sakit mngkin diserang bakteria/virus..ataupun alah kpda susu yg awak berikn (mngkin susu biasa bukannya susu khas utk kucing),,perlu dptkn antibiotik, vitamin dll dri vet serta juga perlu disuapkn makann kpdanya iaitu wetfood stop dryfood dn teruskn beriknnya minum air(dia survive/bertahan dngn air) ..jika lmbt bertindak bahaya...(xdpt komen lgi sbb xtahu keadaan sebenar sperti umur? jenis susu?sejak bila terjadi? dll)..maaf ye

Aliah Siti said...

Salam...sy bg anak kucing sy minum susu kambing sb ramai ckp bagus utk nutrisi. Yang umur 2bulan muntah lepas 10min minum susu kambing. Seekor lg umur 4bulan muntah pas 20min minum susu kambing. Sy bg susu kambing fresh frozen n dh pasteurized...susu tu dpd frozen sy dh cair kan tp xmasak sb dh siap pasteurized. Juz cairkan guna suhu bilik. Knp anak2 kucing sy muntah wlpn gna susu kambing? Mcmana nk rawat mereka? Skrg sy asingkn dlm cage asing2 n juz letak air masak je sb takut muntah lg...apa patut sy buat skrg?

Kucing Utara said...

wasalam..susu kambing adlah susu yg paling hmpir dgn susu ibunya serta lactose free..masalah muntah ni sbb minum terlalu bnyk/lama sngt susuknnya..Kitten perut mereka masih lemah/kecil lgi..sila berikn susu kerap pda kadar sedikit sehari 5-6kali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...