Saturday, November 24, 2012

Kesan sampingan selepas Vaksin Kucing

Secara umumnya kesan sampingan yang boleh dilihat/diperhatikan selepas suntikan vaksinasi kepada kucing terutamanya anak kucing adalah seperti rasa mengantuk,tertekan dan juga ada yang tiada selera makan.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh suntikan vaksinasi yang diberikan adalah virus hidup disuntik ke dalam badannya bersama-sama dengan bahan lain iaitu "additive reactive" yang dikenali sebagai"Adjuvant"yang membentuk tindak balas imunisasinya terhadap virus baru ini. Ia berlaku kerana badan anak kucing yang muda ini, baru mengenali/menerima jenis "virus baru" di dalam sistem badannya,sistem badannya akan mula jadi begitu sibuk cuba untuk melawan virus baru ini serta pembentukan dayatahan baru untuk dirinya.Simulasi secara terus tindakbalas di dalam sistem badannya adalah sama sepertimana yang akan berlaku dengan setiap jangkitan yang dihadapi ketika melawan virus, ianya bukan sesuatu yang luar biasa bagi kucing ataupun anak kucing untuk berasa kelesuan, tiada selera makan dan juga boleh mendapat demam berikutan imunisasi.
Keadaan ini cenderung untuk berlaku apabila kucing yang telah diberikan sebilangan besar vaksin untuk melawan virus (contohnya kucing diberikan vaksin penuh: herpes vaksin kucing, vaksin calicivirus kucing, imunisasi panleukopenia kucing, imunisasi chlamydia, vaksin leukemia kucing dan lainnya).


Dalam tempoh 24 jam pertama selepas diberikan vaksinasi, tidak perlu bimbang sekiranya terjadi tanda-tanda seperti ini.Apa yang penting adlah tempat tinggalnya iaitu di tempat yang bersuhu selesa bersertakan dengan air yang banyak tersedia (jika ianya tidak mahu minum diperlukan memberikannya minum menggunakan syringe sejumlah kecil air untuk mendapatkan sedikit cecair kepadanya). Untuk makanan pula boleh diberikannya dengan makanan yang berbau kuat untuk menggoda/menarik perhatian mereka kepada makanan yang berbau kuat .

****kucing yang tidak ataupun mula minum dan makan selepas 36 jam ataupun paling lama 48 jam, anda perlu mendapatkan nasihat veterinar***


82 comments:

Anonymous said...

nak tye. kucing pas beranak bole tak kena cucuk? ke nnt ade effect kat susu die?

Kucing Utara said...

xdigalakkan sbb vaksin adalah "menmbah virus"

pajo said...

vaksin setahun sekali ke

Kucing Utara said...

ya

Anonymous said...

Kucing pertama kali vaksin muntah2 selepas 2 hari vaksin tu normal ke tidak?

Anonymous said...

Nak tnya..kucing sy br 3hari cucuk vaksin, boleh mandulkn x?

Kucing Utara said...

xdiglakkan perlu tunggu hingga ianya sudah menerima sepenuhnya vksin ykni virus barunya tu

Anonymous said...

Kucing saya (6 bln)muntah dan cirit birit slps 2 hari inject vaksin yg pertama.adakh itu tindakbalas normal

Kucing Utara said...

rasanya normal sebbnya masih ada kesan sampingannya tu..jika masih berterusan sampai lebih 3hari tu... sila ke vet tmpat yg divaksinkn

Anonymous said...

AS SALAM...nak tnye...ape akibat kucing yang tidak diberi vaksin??

Anonymous said...

Salam ..
saya ingin bertanya selepas penerimaan utk vaksin kucing, bagaimana tanda2 kucing itu kelihatan normal?

terima kasih

Anonymous said...

Sy nak tny...slepas dsuntik kucing sy trlalu lemah dan x boleh bangun..normal ke tu?

Unknown said...

kucing sy baru vaksin 3 serangkai(bak kata doc vet tu) utk kutu,kurap,cacing...pas cucuk tu seharian dia letih xnk kuar sangkar...mak igt dh mati..sbnrnye dia tdo...dua ari lepastu...selera makan naik..tp bulu gugur teruk..bhgian kaki..kesian plak..tu kesan sampingan gak ke?

Kucing Utara said...

bulu gugur setempat begini adalah kaitan dengan fungus luaran yang sebabkan kurap..vaksin utk virus

Unknown said...

Anak kucing saya first vaksin.
Ni jam yang ke 27 dia masih tidur,hilang selera,memang tak bangun untuk makan dan minum. Tak bangun ya.
Saya force feed air,meronta tak nak,gaya nak telan pun susah,dah kena ulser ke? Kesan dehydrated? Makan,ada bagi AD can food,sikit. Tolong jawap ya saya risau

Kucing Utara said...

masih dlm kesan vaksin sbb tu jdi bgitu

Anonymous said...

Kucing saya umur 6 bulan dan dibawa ke klinik untuk divaksin.selepas tu,kucing saya cirit birit dan muntah dalam masa beberapa hari.jadi,apakah penyelesaiannya?

Kucing Utara said...

jika berterusan sehngga lebih semnggu sila ke klinik yg sama dia divaksinkan

Unknown said...

Boleh tahu dak kenapa bulu kucing luruh pada bahagian tempat suntikan vaksin di bahagian badan kucing ...dan terlihat seperti kesan luka ...

Kucing Utara said...

sila bawa ke klinik utk pemeriksaan lanjut dn berkemnungkinan kesan sampingan

Ling said...

Tumpang tanya. Anak kucing saya around 5-6. Selasa lepas (13/12) cucuk vaksin + ubat cacing . Sampai sekarang yang sekor tu asyik cirit birit. Yang sekor lagi sebelum vaksin mmg lesu. Tapi lepas vaksin saya ada perasan dia muntah darah. Tolong explain boleh ?

Kucing Utara said...

penerimaan dan tahap alahan kucing terhadap vaksin adalah berbeza..keadaan ni sebaiknya di rujuk kembali kepada vet yg berikan vaksin kepadanya utk rwatan susulan

Unknown said...

Kucing saya pun macam tu, risau pulak dibuatnya

Unknown said...

Kucing jantan bole mandul terus lepas vaksin kan

Kucing Utara said...

sebaiknya selepas "sembuh" vaksinnya dulu

Unknown said...

Saya nk tnya..anak kucing saya diberi suntikan ubat cacing..then selepas beberapa hari tu dia jadi tak tentu arah...adakah effect darin suntikan ubat cacing ?.. bagaimana nak atasi

Kucing Utara said...

kaedah suntikan ubat cacing tidak tahu dan pasti samada ini berkesan sebab umumnya ubat cacing diberi makan dalam bentuk pil ataupun cecair kerana cacing mendiami dalam ususnya,

Anonymous said...

Assalam..sy nk tny klu br lepas vaksin bleh bg mkn ubat x?..cth mcm ubat demam or antibiotik..tq

Kucing Utara said...

tidak digalakkan

Unknown said...

assalamualaikum kucing saya baru lepas kena suntikan 3serangkai smlm . balik tu ok selera makan , tiba-2 harini lesu tk larat bangun tido je . kenapa ye ? smlm boleh jalan harini jd tk larat jalan melelong , dan sekarang tidur je

Kucing Utara said...

itu kesan sampingannya.

Unknown said...

tak bahaya pada kucing kew ? sbb seekor lg tidur tknk makan, seekor lg tu makan tp still tk larat bangun . harini hari kedua kucing-2 saya terbaring je . selalu kesan sampingan berapa hari baru kucing pulih ?

Unknown said...

selalu kesan sampingan berapa hari ? harini dh dua hari kucing saya terbaring. seekor makan tp terbaring, seekor terbaring tk makan .

Unknown said...

Nak tanya kucing sy br sebulan lebih beranak,,tbe2 dia dh on heat, hrtu bwk gi cek pastu nk mandulkn, doc dh cucuk vaksin,, lg dua mngu operate,,,cuma nl tnye,, selepas 3 hr vaksin,baby bole menyusu ngn dia x?

Kucing Utara said...

vaksin tidak memberi kesan kepada anaknya yg disusukan..vaksin ini terkesan kepadanya saja dan selalunya selepas seminggu divaksinkan utk keserasian hasilan vaksin...

Unknown said...

salam..kucing saya umur 7 bulan, dia kena first vaksin rabu lepas. 2 3 hari lepas tu dia okay. makan selera je. tapi sejak 2 hari lepas, dia mcm kurang selera makan and tido je. normal ke kesan sampingan vaksin datang beberapa hari lepas dia divaksinn?

Kucing Utara said...

ya normal rasanya sbb masih baru lgi

bengkung 4zip rm30 said...

Kucing sy selepas vaksin dia murung dan xnak mkn..lepas tu muntah berdarah..xsampai satu jam muntah berdarah dia meninggal .muntah berdarah akibat vaksin ke ..doc ckp mcm tercekik apa2.tp setahu sy dia xmkn sbb asyik tidur jerr..saya pun confius dan tanda tanya kenapa boleh mati...kami sedih sbb dh jaga dia dh 6bulan

Unknown said...

Hai sy nak tnye klu kucing sy first time dlm proses mengawan n dlm mase yg same sy bawa ge vaksin ade kesan sampingan tak?

Kucing Utara said...

kesan sampingan vaksin mungkin berlaku..dan sepertimana diatas serta akan kurng minat ianya mengawan.

Unknown said...

Semalam saya bawa anak kucing saya berusia 3bln.cucuk 3 serangkai kata pgawai vet.xp pgi nie anak kucing saya lemah Dan tak bermaya.knpa yet?

Anonymous said...

Salam, kucing saya lepas 2-3 hari vaksin tu okay je normal makan pun banyak tapi harini dah masuk hari kedua dia tak makan tak minum asyik tidur je. Normal ke atau saya perlu bawak pergi jumpa vet?

Kucing Utara said...

wasalam..ini side effectnya selepas divaksinkan.

Micika BEN zulhilmi said...

salam. nk tanya. kucing saya demam. muntah2 . pagi tdi dh p vet. vet dh cucuk bg ubat dmm dengan antibtik. dh 12jam kena cucuk kucing still xmw makan . lembik. kenapa ya?

Kucing Utara said...

ini kesan sampingan ubat dan juga demamnya.selera kucing hilang bila demam.

Hafiz said...

Boleh ke kucing tengah mengawan di bawak pergi vaksin?

Unknown said...

Nak tnya... kitten 1st time kna vaksin,umo dlm 4mnth... seminggu lepas tu bg mkn makan brewer yeast plak..ada kesan sampingan ker??...tq

Kucing Utara said...

tidakada masalah sebb yeast ni supplement.

Unknown said...

Boleh le bagi vaksin pada umur 11 minggu

Unknown said...

Kucing saya selepas 4 hari vaksin asyik tidur dan muntah hijau. Hilang selera makan ,adakah ini kesan vaksin ?? Kucing tu boleh mati atau tidak..mohon pencerahan ???

Unknown said...

Salam nak tanya, berapa lama biasanya kesan vaksin ni?..kucing saya selepas vaksin 6 hari masih cirit birit, berjalan pun tak stabil, asyik tidur, lemah longlai badannya.. Saya risau sangat

Unknown said...

nak tnya.. tadi saya bawa kucing pegi vet..and doktor bagi suntik vaksin+vitamin .. lepas 4jam tu, kucing saya alami sesak nafas . tu kiranya kesan dri vaksin kh?

Kucing Utara said...

ya berkemungkinan..

Unknown said...

perlukh saya slahkn pihak vet?. lepas kucing saya trima vaksin .. bdan makin lemah. pernafasan laju.. dan sejam kmudian kucing sya mati.. saya ada baca dekat web lain.. kucing sakit tdk boleh trima suntikan vaksin..

asfero said...

Bagi aku xpayah la vaksin.kalo tgk kucing dlm keadaan sihat.sbb kesan dr vaksin yg aku baca dlm ni ada yg mati.lemah longlai..cirit birit berlarutan.kita mmg nak bagi kucing sihat.dan sbb tu kita vaksin.tp kalo bila vaksin lain plak jadi nya baik x yah vaksin.jaga je pemakanan dia.dan jgn campurkan kucing tu dgn kucing yg sakit.aku baru ingat nak vaksin.tp bila terbaca jd camtu.aku rasa xpe laa..

Razirunner said...

Slm.lps branak ibu jd lumpuh separuh dr tgh ke bawah. Mcmn ye. Tq

Kucing Utara said...

wslm... tidak pasti hal begini terjadi disebabkan proses bersalin..hal lumpuh ada kaitan dgn masalah saraf dan elok diperiksa vet.

afai said...

Sama la kita.. Banyak nega- dari pos+
Kalau xyakin baik jgn buatlah nanti nyesal..kalau dia nak mati dgn faktor2 lain tu kena redho jela..

Anonymous said...

Btol tu.kucing aku baru mati beberapa hari ni.macam ada benda ni.

Anonymous said...

Sy rasa vaksin n suntikan tidak perlu. Dulu elok je kucing hidup.

Unknown said...

Nak tanya.. boleh ke vaksin anjing dicucuk pada kucing?

niza said...

setau saya, vaksin anjing tak boleh cucuk pada kucing sebabnya keperluan anjing & kucing bukannya sama...sedangkan makanan anjing pun tak boleh diberi pada kucing, inikan pulak vaksin anjing...kalau fikir logik pun mmg tak logik...walaupun mereka adalah binatang, tapi kan berlainan jenis...

ZIETA said...

Kucing saya baru je mati 😢😭
N baru je vaksin 3 hari lepas..
Pas vaksin nmpk letih, td0 je..
Pastu main jap smbung td0..kire kuat td0 pas vaksin..bru umur bpe 4 bulan 😥

Mlm ni tgk dah keras dah bdn die. 😭😭😭😭

Unknown said...

Kucing akak pun sama, balik vaksin xmakan apepon, muntah2 lps tu perasan mcm ada darah jer, makan pon xnak, muka nampak murung jgk.

Unknown said...

Kucing sy bru mti pg td....usia 5bln...bru 3 hri vaksin....hri prtma ok...kdua mnggil bdn smua....ktiga xbleh jalan...lmbik kaki...sedar2 pg dh keras sblh saya....serik nk vaksin kucing..

Ainee said...

Sedihnya..sbnrnya vaksin ade AEFI..tp ramai xtahu. Kesan dr vaksin sepatutnya dibgtau pd umum supaya mereka peka dan bersedia. Kesan bole jd minimal,serius atau fatal..mcm kes di atas..mati terus.

Ainee said...

Setuju

Anonymous said...

boleh tau vaksin untuk ape tu.. kucing kampung ke atau import..

Unknown said...

hai. anak kucing saya baru terima suntikan vitamin n cacing lepas dia di suntik anak kucing tu terus lemah xde tenaga, tapi selera makan ada je. semalam dia ok sekejap terus lemas lagi.
adakah itu kesan sampingan
tolong balas

Unknown said...

Nak tanya kucing sy baru lepas vaksin boleh ke esoknya tu means selepas 24jam kasi dia mating .

Unknown said...

Kucing saya dah cucuk 3 serangkai..perlu ke saya kasi lagi ubat cacing tablet tu??

Unknown said...

Kucing saya demam,sentiasa mulut keluar air liur,biasanyaa demam boleh bawak vaksin x,ke rawat shj dirumah?takut merbahayakan kucing plk,sbb kucing sye x pernah vaksin,biasanyaa demam pade kucing ambil masa x

fatin adila said...

Sy baru bawak anak kucing saya pergi cucuk 3 serangkai(kutu kurap cacing) 3 mggu lepas..sbb masalah kurap dia teruk sgt..
Sekarang smua dah pulih..kucing pn aktif..tp sy pelik kat tempat bekas suntikan tu(kolar kucing)..dia timbul dan berair..letak ubat kurap pn macam x sembuh jugak..

Unknown said...

Sye nak tnye..kucing sye bru berape hari buat suntit vaksin..lpas tu die mengawan..adekah proses janin die nnt memjadi...

Unknown said...

Nk tanye normal ke lepas suntik vaksin + vitamin kucing akan jadi lemah tak nk mkn tak nk minum tak aktif n mata hitam dy jadi bulat besar??

lamanhati152 said...

Kucing sy ada 3 ekor. Yiem, shanie & bella... Si bella muntah berbuih.. Sy bg ubat demam yg vet bg.. Lepas beberapa jam bella mati. (sedih ya amat) .. Hr ni sy bw si shanie & yiem pulak bg cucuk antibiotik.. Lepas cucuk nampak lemah..asyik tidur & takmo makan.. Risau... Harap dorang ok lepas ni.. Masih trauma kehilangan bella..

Ina, Sue, Pid & Zura said...

takziah... alahai. takut lak sy baca. mmg mcm tu ke kesan sampingan vaksin? dah la td baru vaksinkan sekor. xnak dah la vaksin kan lg 2 ekor. sedihnya

Unknown said...

Saya pun nak kongsi jugak.. Td pagi kucing saya yg umur 2 bulan first time nk vaksin. Dalam beberapa jam lpstu dia asyik tidur dan takde selera nk mkn. Bdn lemah2 je sampai skrg ni. Tak nk main2 lg. Itu lah risau jugak saya td.. Ingatkan ape ke td kan.. Tp slps saya baca yg komen2 korang ni, baru saya faham.. Sbnrnya effect dri vaksin siang td. Harap2 kucing saya tkde apa2.. Risau jugak.. Tlg doakan kucing saya nama Chicie baik2 saja, sehat dan panjang umur.

Anonymous said...

Kucing saya mati selepas 6 hari vaksin. Dah maklumkan pada doktor kucing saya ada masalah cirit birit tp sebab doktor kata tak demam, dia tetap vaksin juga. Saya dah takut dan serik sekarang ni

MommyMichi said...

Adoiyaiiii 🤦....seram plk nak bawa Michi (2 bln) jmpa vet utk first vaksin hujung minggu ni lps baca komen2 kesan vaksin nih...huhuhu...50-50 dah nihhhh

Kucing Utara said...

Jgn Risau... kucing vaksin adalah langkah terbaik untuk jangkamasa panjang,,,

aura said...

wah byk komen negatif ni..cuaknya..kucing sy baru jer vaksin td

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...