Nufnang Ads

Tuesday, December 11, 2012

Penyakit Sawan kepada Kucing

Serangan sawan kepada kucing adalah yang terjadi secara tiba-tiba dan tidak terkawal tingkahlaku ataupun tindakbalasnya seperti tanda-tanda gigi/rahangnya mengetip dan seolah-olah mengunyah, berbuih mulut,lelehan air liur, terbaring, kekejangan kaki, dan lain-lainnya untuk seketika dan kemudiannya kembali normal kesedaran serta pulih secara beransur-ansur. Sawan adalah gangguan sementara aktiviti neurochemicals di dalam otak yang membawa kepada kehilangan kawalan semua otot kucing.
Sesetengah kucing akan menunjukkan tingkah laku yang agak pelik seperti kemarahan secara tiba-tiba atau histeria, mencakar atau menggigit sesiapa saja yang hampirinya samada tuannya sendiri ataupun kucing- kucing lain.
Antara sebab-sebabnya kucing mengalami sawan adalah disebabkan oleh :
>>Keracunan tahap kronik iaitu keracunan dari strychnine, bahan antibeku (etilena glikol), plumbum/lead(terutamanya dari cat), racun serangga(yang mengandungi Organophosphates cenderung menyebabkan  sawan dengan tanda-tanda seperti lelehan air liur dan otot bergerak-gerak kekejangan) dan racun tikus.

>>Memberi makan ikan mentah kerana ikan mentah mengandungi thiaminase iaitu sejenis enzim yang memecahkan thiamine (vitamin B). Thiamine diperlukan untuk fungsi sistem saraf yang normal.Kehilangan thiamine dari sistem badan kucing akan mengakibatkan sistem saratnya gagal berfungsi .

>>Kecederaan kepalanya yang mengakibatkan gangguan tisu otak akibat hentakan kuat kerana kemalangan,pukulan dengan objek tumpul/keras.

 >>Epilepsi adalah serangan sawan yang berlaku secara berulang berpunca gangguan  otak. Ianya disebabkan oleh pengaruh luar,seperti trauma, atau kecacatan dalam neurochemicals di dalam otak.



 
Tempoh serangan sawan boleh berlaku dari beberapa saat hingga beberapa jam,namun. Satu kekejangan teruk atau panjang tidak semestinya menunjukkan penyakit serius.
Langkah yang boleh diambil
 > Menyelimutkannya kucing  yang mengalami sawan sambil memegangnya untuk menenangkannya serta untuk mengelakkannya mencederakan dirinya serta sesiapa yang berhampiran.
> Bertenang ketika membantunya ketika sawan kerana melihat keadaannya menjadikan satu pengalaman yang agak menakutkan, tetapi kebanyakan sawan tidak mengancam nyawa.Mungkin akan berlaku berulang-ulang kali.
>Sebarang objek berhampiran dengannya perlu dijauhkan supaya tidak akan mencederakannya kerana tindakbalas aggresif darinya yang tidak menentu.
>Selepas selesai dan reda sawannya, secara perlahan-lahan/lembut mengusap-usapkannya  untuk menyakinkannya tentang kehadiran anda kerana sistem otak/saratnya baru mula berfungsi normal untuk elakkannya berasa ketakutan/panik.Pastikan lampu dan bunyi pada tahap minimum, kerana otak adalah sangat sensitif.
***Rawatan dari vet diperlukan untuk mengenalpastikan punca-punca serangan sawannya dan akan diberikan ubat mengikut jenis punca sawannya itu***

21 comments:

nurul atikah said...

kitten saya kena sawan smpai berbuih mulut..then pegi vet dia bagi ubat cacing..tapi xde perubahan pun..

K.U. said...

sawan ni penyakit bermasalah sarafnya...tiada ubat utknya hnya penenang sja..
Rasanya sudah jawb dlm FB kucingutara

razfar rad said...

hi, sya nk brtanya & minta kepastian.. kucing peliharaan sya mengalami kekejangan dah 2 kali.. kedua2 nya dialami selepas sya memandikan nya & dlm proses pengeringan bulunya. mula2, kaki kiri nya kejang & kemudian kejang seluruh bdan.. beberapa saat kemudian, mengalami seakan2 kancing gigi & mengeluarkan air liur.. saya menyelimutkan dgn towel hangat yg telah di seterika unt bagi kehangatan.. dlm 5 -10 min dia pulih semula..
sya nk kan kepastian, penyakit apa yg dialami nya? huhuhuhu.. sya seakan2 trauma melihat dia kejang seakan2 separuh mati..

Kucing Utara said...

salam..berkmngkinan kucing awak ada ganguan sarafnya yg tunjukkn gejala sawan dn kekejangan ..elakkn memndikannya

Anonymous said...

Asalamualaikum bru pertama kali saya nmpak anak kucing saya kna pnyakit tarik .. dia kluarkan bnyi yg sangat kuat dan seperti kejang . Saya tkut dia mati mcam mna eh nk bg rawatan dkt dia selain slimut . Boleh kah saya asingkan dia dgan ibu nya ?

helen ivy said...

asalamualaikum..sye nk tnya tangan kitten sye kejang dari smlm adakah 2 maksud sawan

Kucing Utara said...

wasalam.. berkemungkinn

Nur Ezzati said...

Assalammualaikum, kucing saya dia jd x tentu arah time dia garuk guna kaki dia kat badan. Dia akan start tumbang kemudian badan dia bengkok smpi kadang2 kepala pun sama. Start dri tengah ari td smpi isyak xbaik lg. Dia jadi setiap 15 minit skali

Zue Fana said...

slm..... baby cat sy de alami sawan stiap jam hya 5,6 saat je reda sawan pastu sawan balik. 4 hr mnahan azab lastly meninggal. smua milik Allah kpdNya jua dkmbalikn. reda dan tahu syurga tempatnya..

usop zul said...

Assalamualaikum, saya ada satu pertanyaan mengenai kucing. Kucing saya mengalami satu simptom. selepas beranak kali ke 4,dy selalu jadi macam kena tarik,berpusing pusing smpai terkencing. skrg dah hampir 4,5x jadi. Adakah ini satu simptom yg normal bg kucing or kena diubati dengan segera.

Kucing Utara said...

wasalam...ya itu yg terbaik utk pastikan kenapa jdi begitu

rashidi ruslan said...

Dah seminggu kitten sy sawan..skrg je mkn kurg..pegi vet pon dyaorg ckp sbor ajelah..skrg sy kasi air kelapa,alhamdulilah slowly getting better..

Teez De' Beauty Centre said...

Salam,kucing Sy mengalami kenang,dan mengetip gg dia,kaki menggaru badannya,dan bulu tanggal gak lah.. Dah dua kali dia jadi .ada ubat x.
Dan adakah ini d pgl sawan..??

Kucing Utara said...

wasalam...ambil langkah2 utk menenangkannya jika diserang sawan..kerana jika berkaitan saraf otaknya tiada ubat khusus

eiqa chika said...

Assalamualaikum .. Saya nak Tanya kenapa kepala kucing saya mcm patah tengkuk .. Lepastu selalu ketegangan

Unknown said...

Sy xpasti kucing sy sawan sbb pulang dr kerja lidah hampir putus... kmudian xlama Keynesian lidahnye gugur sendiri persoalannya mcm mna nk bg dia mkn dia ada nfsu nk mkn tp xdpt mkn krn lidah tinggal separuh...

Kucing Utara said...

kesiannya ..xpernah dpt berita sebegini. Lidah adalah deria rasanya tapi kucing menggunakan deria hidu dgn hidungnya sebagai pengesan makannnya..kucing hilang selera makan jika hidungnya masalah bukan lidah

SHE said...

Kucing sy pon sama..mata xberkelip tp masih bernafas..tetiba camtu..semalam sihat je

Hasnibey Hasnibey said...

perlukah saya mematikan kucing yg sawan yg berlarutan..abis semua kuku tercabut
xtau nk ckp apa dah...masuk jam ni dah sepulluh kali dah...tanya doc mmg xder ubat...

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya nk tnya adakah penyakit sawan kucing ni boleh bawa kematian. Dan adakah normal jika jdi sebanyak 4 hingga 6 kali. Perlukah saya memayikannya.

Amii Naa said...

Kucing sawan mmg tkde ubat ke? Kucing sy setiap pagi sawan. Dh bawak clinic 2 kali pn asyik suntik je tpi tkde kesan :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...