Wednesday, January 2, 2013

Masa terbaik untuk mengambil anak kucing

Ramai antara kita memang inginkan memelihara kucing dan agak kurang berpengalaman dari segi masa yang sesuai untuk mengambil "anak angkat"kan kucing yang comel.Masa terbaik untuk mengambil anak kucing adalah ketika ianya berusia dalam lingkungan 3 bulan keatas serta juga mereka sudah boleh makan sendiri & putus susu.ketika usia ini, anak kucing lebih mudah mesra  serta bersosial dengan kita  dan mula berdikari.
Perkara Asas yang perlu diperiksa sebelum ambil sebagai anak angkat:
PERUT: Perut yang buncit & membulat menunjukkan kemungkinan mengalami kekurangan zat makanan atau mungkin cacing/parasit dll dan jika terdapat bonjolan di pusatnya pula berkemungkinan masalah hernia pusat.
BULU/KULIT: Bulunya sebaiknya kembang/sihat, berkilat, dan bebas daripada ciri kurap,kesan membotak tompokan sakit kulit ataupun kesan garuannya sendiri ,juga kesan dijangkiti kutu.Kulit di sekitar dubur dan kemaluannya harus bersih dan sihat dan tiada kesan kemerahan yang menunjukkan jangkitan ataupun cirit-birit yang kronik.

Telinga:Telinganya pula sepatutnya bersih dan tidak berbau yang kurang menyenangkan. Kehadiran tahi telinga berwarna coklat gelap di cuping telinganya menunjukkan berkemungkinan dijangkiti hama telinga.
HIDUNG/MATA: Hidungnya pula secara normal adalah berkeadaan sejuk dan lembap serta mata terang dan jelas. Sebarang lelehan cecair yang keluar dari hidung atau mata berkemungkinan menunjukkan jangkitan berkaitan dengan sistem pernafasan.Pandangan matanya perlu melihat lurus ke hadapan,Manakala kehadiran kelopak mata yang menonjol menunjukkan penyakit mata yang kronik atau kesihatan yang agak pincang.
BERAT BADAN: Anak kucing yang berumur 2 bulan  seharusnya memiliki berat badan  kira-kira 1kg. Kurus yang tampak tulangnya adalah kekurangan berat badan bagi anak kucing yang tidak wajar, juga menunjukkan kekurangan makanan serta zat makanan yang diperlukannya..

Petunjuk-petunjuk diatas tidak semestinya mengambarkan bahawa anak kucing yang mengalami masalah sebegitu tidak sesuai untuk dipelihara ataupun diambil , tetapi ia tidak memberitahu kita sesuatu tentang cara  dan bagaimana kita perlu buat untuk atasi masalah yang dihadapi oleh anak kucing .
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...