Nufnang Ads

Saturday, March 30, 2013

Kucing pecah air ketuban

Keadaan ibu kucing yang sarat mengandung dan hampir melahirkan anak-anaknya adalah hilang selera makan kerana secara emosinya ibu kucing lebih fokuskan kepada proses melahirkan anak yang akan diatasinya nanti dan yang paling ketara adalah ianya akan terus menerus minjilat/membersihkan kemaluannya.Begitu juga suhu badannya akan menurun sikit dari keadaan suhu normal kucing kepada 37 celcius.

Kantung Amniotic
Dalam kes kucing yang mengandung pula , kucing mempunyai kantung amniotic dua lapisan. Lapisan kantung luar akan pecah sebagai bantuan bagi ibu kucing untuk menolak anak kucing ke dalam saluran kelahiran, yang membantu melincirkan dan memudahkan penghantaran/kelahiran. Kantung dalaman biasanya kekal tidak pecah semasa ibunya melahirkan yakni dilahirkan dalam kantung dan ibunya akan menjilat/memecahkan kantung dalaman yang kedua ini sebaik sahaja ia dilahirkan.
Kita mungkin tidak melihat cecair amniotic iaitu dikenali air ketuban ini untuk semua kucing ketika melahirkan anaknya kerana tidak semua ibu kucing akan pecah air ketubannya sebelum kelahiran kerana bergantung kepada proses peneran/kontraksi itu sendiri.

Kenapa Air Ketubannya Pecah?
.Kadang-kadang tekanan menolak ketika proses peneran/kontraksi  kantung dalaman kedua anak kucing pecah, bermakna secara tidak disengajakan "memecahkan air" kantung dalaman disebabkan   perbuatan ibunya ketika melahirkan.

Kelahiran anak
 Apabila ibu kucing yang sarat mengandung dan mengalami pecah air ketubannya , ianya sudah hampir ataupun bersedia  untuk melahirkan anda anak kucing yang pertama, kebiasaannya dalam tempoh 30 minit paling cepat/mudah sehingga 1-3jam berikutnya ,ini dapat dilihat ibu kucing semasa melewati masa normal ini akan teruskan proses "teran" untuk melahirkan anaknya. Semua anak kucing yang dikandungnya adalah di dalam karung air yang berasingan antara mereka, dan secara teorinya, jika semua berjalan lancar, pecah air ketuban dan anak kucing akan dilahirkan keluar seekor demi seekor mengikut turutan ataupun giliran.
Cecair setiap anak kucing umumnya berwarna jernih cecair kekuningan cair tetapi jika cecairnya berwarna kuning gelap mungkin telah gabungan air kencing dan kantung air ketubannya. Jika ibu kucing sudah memula proses peneranan , dia sepatutnya melakukan proses teran/kontraksi secara tetap. Kadang-kadang dapat dilihat ianya menolak atau meneran.


Secara Umumnya jika melebihi tiga jam telah berlalu mungkin menunjukkan masalah yang mungkin serius dengan salah anak kucing yang bakal dilahirkannya serta melambatkan proses kelahiran. Ia mungkin dalam kedudukan yang janggal yang menghalang ia daripada dilahirkan/ditolak keluar dari rahim ibunya.

***Perlu dapatkan pertolongan vet sekiranya sudah melebihi 3 jam selapas air pecah ,namun ada kes kucing yang beranak normal selepas 12 jam-24jam tanpa sebarang masalah***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...