Tuesday, April 16, 2013

Membuang kutu anak kucing

Kutu yang menjangkiti anak kucing boleh memudaratkannya serta juga membawa maut kerana ia boleh menyebabkan anemia. Kebanyakan ataupun hampir semua produk untuk hapuskan kutu dalam pasaran adalah tidak sesuai & agak merbahaya serta boleh memudaratkan kepada anak kucing kucing di bawah umur 6 minggu-8 minggu.


Cara terbaik & paling selamat
Cara ataupun kaedah terbaik & paling selamat adalah membuang kutu dari anak kucing dengan sikat kutu secara manual.
>Sediakan semangkuk air suam dengan beberapa titis shampoo khas untuk kutu kucing(digalakkan mengunakan shampoo kutu yang natural).Air suam saja pun sudah memadai untuk menyucikan sikat kutu ketika proses ini utnuk mengeluakan kutu yang terlekat di sikat serta melemaskan kutu di dalam air.
>Sikatkan anak kucing dengan sikat kutu, kemudian rendamkan sikat kutu ke dalam mangkuk air tadi sambil mengeluarkan kutu-kutu yang terlekat.
>Ulangi lagi menyikatkannya dengan sikat kutu yang dibasahi air shampoo tadi.
>Pastikan anda sentiasa mengelapkan badan anak kucing semasa proses ini kerana suhu badan anak kucing mudah jatuh menjadi rendah.

***Pastikan air mangkuk yang digunakan ,yang mengandungi kutu-kutu tadi adalah mati ataupun dimatikan sebelum membuangkannya***

>Selepas diulangi beberapa kali, tukarkan mangkuk air tadi dengan air suam saja dan digunakan untuk menyikatkannya di akhir proses ini untuk mengelakkan kesan shampoo dna bilas & keringkannya sebaik mungkin.

Dandanan biasa iaitu sikatkannya selalu juga dapat membantu serta mengurangkan kutu darinya.Basuh tempat/sarangnya setiap hari dengan basuhan air panas serta juga vakum sekerap mungkin juga disarankan.

4 comments:

Unknown said...

thanks admin serius sangat membantu care ni sebab saye bele kucing kat asrama so memang susah na carik shampoo kucing sebab asrama ceruk kampung..esok nak try buat hopefully berhasil. aaminnnn

Anonymous said...

assalamualaikum,admin.
nak tanya,boleh x buat dkt anak kucing umur 4 minggu??
satu lg,kna guna sikat kutu khas untuk kucing ke?

Kucing Utara said...

boleh

Unknown said...

kalau baru lahir, bila waktu sesuai utk buang? mak dia pun dijangkiti kutu beranak pinak satu badan 😤

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...