Nufnang Ads

Saturday, October 12, 2013

Pilihan Jadual memberi Makan kucing

Apakah waktu yang sesuai ataupun terbaik untuk kucing bilamana masa memberi makan kepada kucing kesayangan anda? Inilah persoalan yang masih bermain-main di fikiran antara pemilik/penyayang kucing.


Berjadual & Kawalan Makanan

Salah satu kaedah memberi makan kepada kucing adalah secara tentuan masa yakni berjadual iaitu ketetapan masa tertentu dan ianya memberi menafaat yang baik serta merupakan kaedah yang sihat, kerana ia menghadkan jumlah makanan kucing makan pada setiap waktu makannya. Terdapat pelbagai cara untuk melaksanakannya. Antara caranya adalah mengisi mangkuk makanan dengan makanan (samada dryfood ataupun wetfood malah boleh juga dengan makanan yang dimasak sendiri untuknya) dan akan mengambil keluarkan bakinya selepas kucing sudah tidak lagi menjamah makanannya. Dengan cara ini kucing sentiasa mendapat makanan baru setiap hidangannya serta mengajarkannya memakan sebaik yang mungkin makanan yang dihidangkan kepadanya.Ini kerana akan membuatkannya terdorong memakan apa yang dihidangkan sebaik mungkin mengikut keperluannya sebab ianya tahu baki yang tertinggal akan dikosongkan kemudian.
Untuk membuat cara memberi makan ini, Kita perlu mengukur/menganggarkan kuantiti makanan yang diperlukannya pada setiap waktu makan serta masa yang diambilnya.Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran makanan serta makanan yang dihidangkan adalah mencukupi.
Kaedah ini juga bersesuaian untuk kucing yang perlu diberi ubat-ubatan bercampur dengan makanan mereka.

**Masalah timbul sekiranya kucing memakan dengan gelojoh(salah satau sebabnya kelaparan,berebut-rebut sesama mereka) bilamana dihidangkan dan ini akan menyebabkannya muntah makanan yang dimakannya kerana tolakan dari sistem ususnya.Apa yang penting adalah mengetahui makanan yang di perlukan dalam setiap hidangan supaya ianya tidak kelaparan semasa menunggu hidangan berikutnya***


Makanan Tersedia sepanjang masa

Makanan tersedia sepanjang masa bersesuaian bagi kita yang sibuk/keluar bekerja dimana mengisi mangkuk makanan dengan makanan serta ditinggalkan tersedia untuknya supaya ianya bebas makan tanpa tentuan masa,namun ini bergantung kepada kucing itu sendiri untuknya tetapkan masa yang akan dimakannya. Kaedah ini hanya bersesuaian dengan makanan kering, kerana mereka tidak  cepat rosak,namun semakin lama terdedah semakin kurang baunya yang membuatkan kucing mungkin tidak terdorong untuk makan berulangkali.Namun,ianya berkesan untuk kucing memilih masa makannya tersendiri serta boleh makan bilamasa mereka mahu dan juga makan sikit-sikit secara berulang di mana ini akan membolehkannya menghadamkan makanan dengan baik.

*** Kucing agak memilih hal makanannya terutamanya kesan bau yang beransur pudar ataupun tertumpah dari mangkuknya ataupun makanan dihurungi semut dan serangga lain.Kesannya kucing terdorong tidak makan***

Kedua-dua cara memberi makan kepada kucing ada kesan baik & buruknya, buatlah pilihan terbaik untuk kucing kesayangan anda.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...