Nufnang Ads

Tuesday, November 5, 2013

Rawatan Kucing terkena air panas

Kecederaan kulit kucing melecur boleh terjadi bilamana ianya terkena air panas, terpijak ataupun terjatuh ke dalam tempat pembakaran atau terperangkap dalam kebakaran dan sebagainya.Secara umumnya, terlecur kerana air panas samada tidak sengaja ataupun disiram oleh orang yang tidak berperikemanusiaan.
Jika tahap kecederaan adalah kurang daripada 15 peratus daripada kawasan keseluruhan badan terjejas dan ini mempunyai peluang pemulihan yang tinggi. Namun,jika melebihi daripada 50 peratus pula, agak sukar untuk dipulihkan.


Tahap Kecederaan Lecur

Tahap lecur peringkat pertama: Kulitnya Nampak kemerahan serta agak menyakitkan sikit (kepedihan kesan haba).Manakala bulunya masih lagi ada di sesetengah kawasan yang tercedera dan penyembuhan serta pemulihannya secara semulajadi iaitu "self-healing" adalah normal.

Tahap lecur peringkat Kedua: Tahap ini pula dapat dilihat sebagai kawasan yang tercedera agak lebih luas,nampak kesan bengkak, kulit nya menjadi kemerahan,menyakitkan.Penyembuhan adalah perlahan dan menagambil masa untuk pulih sepenuhnya bergantung kepada tahap kesiahtan kucing sebelum tercedera.

Tahap lecur peringkat Ketiga:Lecur tahap adalah sangat serius dan memerlukan rawatan dari veterinar kecemasan dengan segera. Rambut gugur.Kawasan lecur kulitnya menunjukkan sama ada berwarna kehitaman atau serta terhasil bintik-bintik keputihan dan bulu di kawasan tersebut adalah gugur sepenuhnya. Disebabkan lapisan kulit musnah akibat dari kesan kepanasan kucing berisiko mendapat jangkitan/serangan dari bakteria luar dan juga berisiko kehilangan cecair "dehydrated". Penyembuhan mengambil masa agak lama kerana perlu pembentukan gentian kulit baru.

 
Langkah-langkah Kecemasan
>Guntingkan bulu-bulunya di kawasan yang tercedera terutamanya jika ianya lecur tahap pertama.
 >Jirus/siramkan kawasan tersebut dengan air sejuk lebih kurang 15-20 minit(salah satu caranya adalah menutupi kawasan cedera dengan tuala basah dan disiramkan air sejuk ke atasnya. 
>Perlahan-lahan kering dengan tuala bersih dengan menekap perlahan-lahan secara berulang untuk menyerap air.
Jangan mengosok-gosokkannya ketika cuba mengeringkan kawasan cedera yang disiram tadi , ini akan merosakkan kulitnya yang tercedera.
.Boleh  juga menyelimutkannya untuk menyejukkan kesan haba/panas(kaedah ini bersesuaian bilamana kemalangan berlaku ketika kita berada bersamanya)

***DILARANG menggunakan/menyapu sebarang krim/balm/antiseptik serta merta kerana ini akan menyebabkan kawasan "terbakar"lecur menjadi lebih teruk.>>>Gel Lidah buaya boleh digunakan di kawasan yang tercedera dalam jumlah yang sikit saja***

 >>Lecur tahap  kedua atau ketiga-perlu segera dirawat oleh doktor haiwan untuk rawatan lanjut<< 

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...