Nufnang Ads

Thursday, January 30, 2014

Kenapa Kucing keluarkan makanan daripada mangkuknya

Sesetengah daripada kucing kadang-kadang lebih suka mengambil & membawa makanan "dryfood"nya daripada bekas makanan yang disediakan kepadanya samada dimakannya diluar bekas makanannya ataupun membawa ke tempat lain seperti ke dapur, bilik, ruang tamu atau mana-mana ruangan rumah.Tidak semua kucing mempamirkan tingkah laku sebegini.

Kenapa Kucing membawa makanan daripada mangkuknya & makan di tempat lain?

>>Sifat Perkongsian Hasil Buruan
Kucing masih terdorong kepada naluri primitifnya sendiri yang menyebabkannya berbuat demikian
kucing secara semula jadi mempunyai naluri primitif yang hampir menyamai kelompok "induk" asal di alam semulajadi seperti singa,serigala dan lainnya dalam perkongsian hasil buruan mereka.  
Mereka akan bersifat lebih kepada berdaya-saing(kompetitif) dalam perkongsian hasil buruan , kegelojohan rebutan hasil buruan.


Bagi memastikan mereka mendapat habuan/bahagian makanan mereka daripada hasil buruan yang dikongsikan, mereka akan mengambil sebahagian daging dari hasil buruan mereka dan membawanya ke suatu sudut dan memakannya. Sikap sebegini membantunya untuk memastikan mereka boleh mendapat habuan makanan yang saksama di dalam perkongsian di antara mereka.
Naluri ini masih kukuh dalam pemikiran kucing walaupun dari jenis peliharaan rumah ataupun ianya hanya satu-satunya kucing peliharaan di dalam rumah kita.Ada antara kucing yang kita sayangi akan mengumpulkan makanan di dalam mulutnya dan membawa ke tempat lain  untuk dimakannya dengan selesa ataupun mengambil makanan yang disediakan keluar dari bekas makanannya dan terus memakannya diluar/sebelah bekas makanan tadi.


>>Keliru antara makanan & sumber air

Ada di antara kucing mudah terdaya dan terkeliru hal makanan utamanya dan air sekiranya kedua-dua bekas ini diletakkan bersebelahan.Dalam habitat liar, "kucing" sepertimana singa akan mengheret hasil buruan mereka jauh dari sumber air seperti sungai,tasik,kolam dan lainnya.
Kucing adalah haiwan yang pentingkan kebersihan dan sekiranya pemburuan berdekatan sumber air,ianya berpotensi tercemar kawasan sekitar, termasuk air dengan darah ,tahi mangsanya dan lainnya disebabkan pendarahan,kecederaan mangsanya di dalam pertarungan buruan.Maka, jika mereka membunuh mangsanya berhampiran sumber air, mereka tidak minum air itu lagi sebab itulah mereka lebih gemar mengheret jauh dari kawasan buruan tadi.


Naluri ini masih kekal kukuh pada kucing yang kita pelihara samada akan cuba untuk mengubahkan makanan mereka jauh dari sumber air mereka.Sekiranya bekas air minuman dan bekas makanan mereka diletakkan bersebelahan.Ini juga boleh menyebabkannya tidak mahu minum dari bekas air yang disediakan kerana pemikirannya sudah menganggapkan air itu sudah tercemar!!!
 

 

1 comment:

Faris said...

Kucing saya bila dalam sangkar suka dibelai sambil berguling2 minta garu perut dia..tapi mengapa bila keluarkan dari sangkar langsung x mahu dipegang...dia mahu bermain ja..bila saya dekat, dia lari..pelik...mengapa ya? kucing parsi betina...7 bulan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...