Nufnang Ads

Monday, April 21, 2014

Kucing Alergik habuk

Jika kucing yang mudah  alah kepada sesuatu yang dia terhidu melalui hidungnya (atopi ) seperti debunga/habuk tertentu, tindakbalasnya serta-merta adalah akan berair hidung berairnya malah juga menyebabkannya terbersin.Alahan ini bergantung kepada baka kucing kerana saluran pernafasan mereka (Hidung) adalah berbeza dan perkara ini mudah terjadi kepada "highnose" Persian.
 


Atopi (dermatitis alergi) adalah sindrom ataupun tanda-tanda secara klinikal yang dapat dilihat kepada kucing yang disebabkan dari hasil hiduannya ataupun tersedut masuk melalui hidungnya bendasing. Ia melibatkan tindak balas sensitif kucing kepada benda-benda penyebab alergik yang dihidu ataupun diserap melalui kulit. Alahan kucing seperti ini adalah dipercayai terjadi kerana reaksi secara genetiknya kepada keadaan alam sekitar.

Hidung kucing terlalu sensitif & perlu penjagaan terbaik untuknya kerana inilah deria utamanya
 
Benda-benda yang menyebabkannya alahan secara atopi ini kebiasaannya terdiri daripada >>debunga pokok bunga,>>tumbuh-tumbuhan,rumput,rumpai>>Debu Tanah kering>> bulu,kain bulu,nylon >>hama>>bahan kimia lain yang mudah didapati di persekitaran dan sebagainya yang mudah tersebar secara pengudaraan.

 Kesan alergik atopi kepada kucing termasuk:
•Mata berair,hidung berair,gatal-gatal kronik,menggaru , menjilat , menggigit & mengunyah kulit/bulunya,terluka kerana garuan sendiri, Kehilangan bulu,jangkitan telinga,Masalah Pernafasan seperti batuk-batuk, kerap bersin , nafas tersekat-sekat dan sebagainya.
Ada sesetengah kucing mengalami masalah saluran pernafasan dengan batuk-batuk,kerap bersin terkesan disebabkan alahan atopi( secara hiduan). Walaupun atopi mulanya cenderung berlaku mengikut musim(Iaitu keadaan kering dimana mudah terhasilnya habuk/debu tanah dll), namun kucing yang lebih tua cenderung mudah alah sepanjang tahun.

###Elakkan kucing terdedah kepada habuk/debu terutamanya jika cuaca kering di luar seprti tanah di dalam pasu mudah kekeringan menjadi debu dan juga sentiasa "vacuum" tempat-tempat Yang menjadi punca habuk seperti karpet,tilam dll###

5 comments:

sud@is said...

cantiknya kucing bermata biruuu....

Anonymous said...

salam..
kucing saya kudis tak baik2 jd saya bawa ke vet. dia bg ubat makan antifungal utk selama sebulan. sekarang baru 2 minggu. tapi so far kudis tu dah kering. Masalahnya kucing saya jd tak nak mkn. dia macam nak makan. datang mintak, tp bila saya bg dia tengok aje tp tak makan. saya bg high vitamin yg dia suka pun dia tak nak. sebelum bg ubat tu selera dia agak baik. apa saya patut buat?

Kucing Utara said...

salam...selagi dia makn xda masalah walaupun sikit..dia ada nfsu nk mkn tapi bila dihidnagkn xmkn sebb kucing mergntung pada deria bau utk mknnnya bukan deria liaht..cuba bgi mknn yg bau kuat ..

Anonymous said...

salam,

kucing saya mengalami alergik habuk? apa perlu saya lakukan.

Kucing Utara said...

perlu pastikan kwasan persekitaran bersih dri habuk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...