Nufnang Ads

Thursday, May 29, 2014

Langkah-langkah pengambilan anak kucing terbiar

Hari Jumaat minggu lepas terserempak seekor anak kucing merayau-rayau serta mengiau-giau seperti meminta pertolongan di pondok perhentian bas kawasan taman perumahan.Di tengahari panas terik ,ianya cuba untuk mencari tempat berteduh kerana kepanasan,kekeliruan,kelaparan dan mungkin juga cuba memanggil ibu kandungnya yang entah berada di mana.Waktu itu adalah waktu puncak kenderaan lalu-lalang tambahan pula waktu tengahari/solat jumaat dan setelah mendekatinya anak kucing ini lebih mudah menerima mesra kehadiran kami dan sudah tentu sebelum ini pernah berada bersama manusia dan bukannya kucing terbiar liar.

Anak Kucing yang dijumpai & diambil bela KU

Langkah Pertama:
Tinjauan kawasan persekitaran untuk mencari yang mungkin ianya tersesat jauh dari ibunya dan tiada langsung tanda-tanda ianya dari kawasan situ(disyaki dibuang orang)

Langkah Kedua:
Perlu diambil anak kucing ini kerana agak sukar baginya untuk meneruskan kehidupan harian tanpa bantuan malah terdedah kepada lalulintas,anjing liar dan lain-lain.

Langkah Ketiga:
Apa yang perlu dibuat setelah membawa masuk ke rumah kita adalah periksa keadaan fizikalnya iaitu gigi,mata ,kestabilan berdiri,luka,kecederaan dan lain-lain untuk kenal pastikan anggaran umurnya.

Langkah Keempat:
Mengelap badannya dengan tuala suam-lembab untuk membersihkannya dari kotoran yang boleh mengundang penyakit terutamanya bahagian mukanya.

Langkah kelima:
Tempat tinggalnya tersedia air serta makanan untuknya(umumnya anak kucing akan memakan sendiri makanan yang disediakan kerana mereka mudah kelaparan)

Langkah keenam (rawatan kesihatannya):
1) Berikan ubat cacing kerana hampir 70-80% anak kucing membawa parasite/cacing

2) Pemberian ubat kutu (secara semburan adalah terbaik untuk elakkannya di shampoo mandian berubat kerana anak kucing masih rendah suhu badannya) , Kutu mudah menjangkiti/menumpang anak-kucing dan umumnya 90% anak kucing mempunyai kutu.


3) Pemberian ubat titis telinga(ear drops) ini juga antara parasite yang mudah menyerang/menumpang di dalam telinga anak kucing dan kesannya terhasil kotoran tahi telinga yang banyak.
***Langkah terbaik adalah dibawa pemeriksaan dari vet jika berkemampuan dari segi masa/wang**
 

1 comment:

Khasiat said...

Terima kasih banyak atas artikelnya, informasinya sangat bermanfaat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...