Wednesday, May 14, 2014

Pemilihan antara anak kucing atau kucing dewasa?

Agak sukar juga di dalam membuat keputusan bilamana hendak mengambil “anak angkat”kan kucing samada anak kucing ataupun kucing yang sudah dewasa(1-5 tahun keatas). Beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum kita membuat keputusan muktamad antara  kucing dewasa atau anak kucing kerana mereka akan tinggal bersama kita sebagai ahli keluarga baru....

SIBUK BEKERJA(SUAMI ISTERI)
Mana-mana kucing dewasa lebih bersesuaian dengan kes sebegini, dengan syarat kucing yang ditinggalkan “berseorangan” mempunyai banyak aktiviti hiburan/mainan untuknya menjadi sibuk & tempat selesa untuknya baring (Kucing banyak tidur di sianghari),makan/minum tersedia/kotak pasirnya semasa anda berada di tempat kerja. Jika salah seorang dari anda berada di rumah pada siang hari(Contohnya yang bekerja syif) yakni sentiasamasa boleh dikatakan ada orang bersama-samanya, anak kucing boleh dijadikan sebagai pilihan kerana anak kucing perlukan perhatian ketika mereka membesar.


KELUARGA ADA KANAK_KANAK
Secara umumnya tidak digalakkan untuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak kecil untuk mengambil anak kucing yang masih baru lagi dalam persekitaran .Ini adalah kerana kanak-kanak tidak begitu tahu bagaimana untuk mengendalikan anak kucing dengan baik, dan secara tidak sengaja boleh mencederakan anak kucing atau dirinya sendiri teruk tercalar pula disebabkan caranya bermain dengan dianggapkan seperti “anakpatung" kebanyakan kanak-kanak amat gemar mendukung anakkucing dan ini menjadikannya rasa takut.Sebaiknya,adalah memilih kucing dalam lingkungan umur dua hingga tiga tahun iaitu kucing yang sudah matang dalam menangini keadaan/kehadiran kita serta juga kucing yang pernah dibela oleh orang lain sebelum ini kerana mereka lebih mudah menerima-manja.




UMUR KITA
Anak Kucing memerlukan banyak penjagaan dan pengawasan dan sama seperti bayi kecil yang perlu diasuhkan. Mereka bermain/berlari-lari tidak tahu penat, langgar sana-sini, selera rakus dan umumnya nakal sikit.Keadaan ini agak sukar bagi mereka yang berumur sikit kerana suasana akan jadi riuh rendah kerana mereka yang asyik bermain serta juga memecahkan barangan yang dilanggar secara tidak sengaja.Bergantung kepada umur anda sendiri, anda mungkin selesa dengan kucing mana-mana sahaja dari 5 hingga 10 tahun. Kebanyakan kucing ini datang dari rumah penyayang kucing atau kucing yang pernah dibela sebelum ini dan sudah membiasakan & jalin persahabatan manusia.
 
KUCING YANG PERLUKAN PERTOLONGAN
Jika salah seorang dari kita berada dirumah setiapmasa(seperti surirumah dll), adalah baik sekiranya mempertimbangkan mengambil kucing yang memerlukan keperluan khas. Kucing ini sering dianggap "unadoptable," dan hampir selalu diabaikan kerana ramai terdorong kepada anak-anak kucing comel walaupun bayarannya mahal.  Mereka boleh menjadi indah, haiwan kesayangan setia yang akan memberi ganjaran dengan kasih sayang tanpa syarat.
 
 
 

 


 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...