Monday, June 2, 2014

Memilih bela anak kucing atau kucing dewasa?

Mungkin antara kita tertarik/terdorong untuk memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan kesayangan setelah terdedah kepada keseronokan kawan-kawan ataupun orang lain yang sudah memelihara mereka.Maklumlah, memilikinya memang satu perkara mudah tetapi untuk terus memeliharakannya adalah satu tanggungjawab yang besar perlu diambilkira.


Setelah kita memutuskan untuk mengambil “anak-angkat”kan kucing sebagai haiwan kesayangan peliharaan adalah perlu mempertimbangkan keadaan kucing dari segi saiz, perangai, umur,jantina,penjagaan,kos dan lain-lain supaya tidak menjadikan perkara sia-sia di kemudian hari, dimana ada sesetengahnya selepas beberapa bulan sudah tidak ingin memilikinya lagi. Ini boleh ditentukan dengan melihat kebaikan dan kelemahan samada memilih kucing yang lebih tua atau anak kucing. Setiap kucing mempunyai sesuatu yang istimewa tanpa mengira usia tetapi lebih baik buat beberapa pertimbangan ketika membuat pilihan kucing yang terbaik & bersesuaian.

Anak Kucing :memiliki anak kucing lebih menyeronokkan serta menghiburkan tetapi perlu banyak masa yang diperlukan untuk diluangkan bermain-main bersamanya dan lain-lain penjagaan yang diperlukan. Umur yang sesuai adalah 12 minggu keatas serta yang sihat.

Kebaikan:
Permulaan baru: Anak kucing akan mempelajari kehidupan baru melalui kita dan mudah menjalin-hubungan dengan kita sebagai sahabatnya untuk jangkamasa panjang.
Latihan: Kita juga berpeluang melatih anak kucing dan secara tidaklangsung membentuk sikap/tingkahlakunya. Mereka mudah bertindak balas dengan baik kepada cara kita tanganinya, memberi perhatian kepadanya ataupun bermain-main dengan mainannya dengan kita. Mereka juga secara beransur-ansur akan  membaiki tingkah laku yang tidak diingini, seperti mencakar kasar atau menggigit kita sebab tindakbalas kita kepadanya ketika dalam proses pembelajaran kerana mereka tahu bilamana kita marahkan mereka.
Penghibur: Tingkahlaku anak kucing memnag menghiburkan/melucukan seperti melompat lurus ke udara untuk menangkap lalat,mengejar ekor sendiri,tertidur layu  atau anak kucing jatuh dari sofa , terkejut-lompat dan lain-lainnya.
Bersosial dengan Haiwan Peliharaan Lain-lain: kucing yang sedia ada lebih cenderung untuk menerima anak kucing daripada kucing yang lebih tua.

Kelemahan:
Kesihatan: Anak kucing lebih cenderung mengalami isu-isu kesihatan seperti cacing, hama telinga, kurap dan sebagainya. Ada di kalangan mereka mempunyai perut sensitif & perlu mencari makanan yang bersesuaian.
Keselamatan: Anak kucing bersifat ingintahunya agak kuat sikit dan akan mula memasuki ke dalam segala-galanya seperti di belakang almari,cabinet TV dan sebagainya serta ini boleh mengundang kecederaan kepadanya jika tersentuh/gigit wayar elektrik.
Bising: Sesetengah anak-anak itu sangat vokal iaitu gemar mengiau kuat.


Kucing Dewasa(1-2 tahun keatas)
Kebaikan:
Personaliti : Apabila mengambil kucing yang sudah dewasa ,personalitinya sudahpun terbentuk di dalam dirinya bersama-sama dengan pemilik terdahulu samada individu ataupun tempat perlindungan. Adalah perlu mengambil tahu serba sedikit tentang personalitinya seperti kegemarannya,perangainya,apa yang tidak disukainya,tahap sosialnya,makanannya, bagaimana dia menerima kehadiran haiwan lain dan sebagainya.Dengan ini ,memudahkan menyesuai-dirinya.
Kesihatan: Kucing dewasa cenderung sihat di peringkat dewasa kehidupan mereka dan tidak perlu risaukan tahap kesihatannya kerana imunisasinya sudah kuat terbentuk. Kucing ini sebaiknya diperiksa oleh doktor haiwan untuk mengetahui tahap isu-isu kesihatannya.
Aktiviti : kucing dewasa adalah lebih tenang dan banyak duduk setempat & bersesuaian bagi mereka yang sibuk dan tidak mahukan kebisingan kerana kehadiran mereka.

kelemahan:
Latar belakang: perlindungan sering tidak tahu latar belakang yang tepat kucing dan ini bermakna kucing sebegini berkemungkinan mempunyai beberapa isu-isu personaliti atau tingkah laku.
Melatih: Ia boleh menjadi sukar untuk melatih kucing yang dewasa. Menggunakan alat-alat seperti botol spray air boleh membantu menghalang tingkah laku yang tidak diingini.
Keinginan Seksual : Kucing dewasa akan teransang hormon seksualnya mengikut musim dan perlu menjangkakan beberapa isu-isu tingkah laku seperti mengiau/meraung bising dan lain-lain  apabila ianya di dalam masa galak „Heat“. Ia adalah selamat untuk memandulkan atau neuter kucing yang berumur sehingga enam tahun .
 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...