Friday, July 18, 2014

Petua elakkan kucing cakar sofa

Kucing yang dipelihari di dalam rumah"indoor" adalah terhad untuknya melakukan aktiviti seharian ataupun rutin sepertimana aktiviti mencakar.Mencakar-cakar adalah aktiviti bagi kucing untuk menghapuskan/membuangkan kuku yang rosak ataupun menandakan kawasannya secara kesan fizikal.

Apa berlaku, adalah perabot rumah menjadi mangsa tempatnya mencakar-cakar termasuk perabot kayu ,permaidani/karpet,tikar dan juga sofa termasuk yang dibaluti kain fabric.Perkara ini memeningkan kepala kepada kita dan juga mengundang "stress" kepada kucing itu sendiri bila dimarahi kerana baginya ini adalah keperluan baginya melalkukan aktiviti mencakar-cakar.

**Langkah yang selalunya diambil adalah menyediakan "scratching post" yang ada dijual di pasaran tapi yang menjadi masalahnya kucing tetap kembali mencakar perbot lain walaupun sudah tersedia scratching post ini ataupun memotong kuku-kukunya tapi bilamana tumbuhpanjang kembali dan ianya bertindak cakar sendiri jika kita lewat memomotong kuku lagi**


Petua elakkannya supaya tidak cakar :
Kucing agak tidak mengemari sebarang jenis limau dan bahan ini kita boleh gunakan untuk menghalangnya kembali ke tempat yang kita tidak mahu ianya mencakar-cakar.
>Sediakan botol air spray
>Buat air limau kasturi atau limau purut

>Gunakan untuk disemburkan kepada perabot-perabot yang dicakarnya dan sebaiknya semasa dia mula cakar situ(ini akan menyebabkannya melarikan diri).
>Ulangi beberapa kali untuk pengajaran dan lama-kelamaan ianya akan hindarkan dirinya mencakar situ.

***Ini petua semata-mata tiada jaminan samada berkesan ataupun tidak,,, selamat mencuba***
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...