Monday, August 25, 2014

Kenapa Kucing Cepat Lapar?

Antara kita mungkin masih tertanya-tanya sebabnya kenapa kucing yang kita baru saja beri makan secukupnya tetapi masih mengiau-giau lagi meminta makanannya walaupun baru selesai makan tidak sampai 30 minit pun.Secara spontan kita akan memberikannya makanan lagi sambil tergerak di hati kita yang kucing kita ni jenis kuat makan...


Sebenarnya ada sebab-sebabnya ianya bertindak sebegitu dan antara kemungkinan faktornya adalah seperti di bawah:

Kucing Tua(Berumur):
Bila kucing sudah meningkat umurnya memasuki zaman "veteran"nya ianya menjadi cepat lapar kerana factor daya ingatan, tahap kesihatan, penyakit/sakit tua yang dialaminya.

IBD(Inflammatory Bowel Disease)
Bila kucing yang mengalami IBD ini iaitu masalah ususnya di mana kurang upaya/kelemahan ususnya di dalam proses penyerapan nutrien/zat dari makanan yang di makannya akan menyebabkan menjadi kurus serta cepat lapar kerana zat yang diperlukannya tidak mencukupi.Dengan ini ianya perlu makan kerap untuk memastikan zat mencukupi untuk badannya.Masalah ini boleh terjadi kepada semua kucing tanpa kira umurnya.


Hyper Thyroid
Masalah hormon thyroid iaitu "thyroxin" yang dihasilkannya secara berlebihan.Lebihan hormon ini yang mendorongkannya terasa lapar.

Kencing Manis
Kencing manis kepada kucing sama seperti yang kita hadapi iaitu masalah kekurangan insulin ataupun penghasilan insulin tidak mengikut kadar yang diperlukan.Ini menyebabkannya akan rasa cepat dahaga dan lapar kerana kandungan glukos yang tinggi didalam darahnya.


Kanser Usus
Kanser usus juga penyebabnya cepat lapar kerana masalah fungsi ususnya dalam penyerapan nutrient/zat yang diperlukan.

**Disarankan anda kenalpastikan samada kucing yang sentiasa kelaparan adalah berpunca dari sebab-sebab di atas ataupun sebab lain seperti hidangan yang disediakan tidak mencukupi**

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...