Thursday, September 18, 2014

Ketumbuhan di pusat kucing

Ketumbuhan yang timbul di pusat perut kucing ataupun dikenali sebagai "Umbilical Hernia" terjadi dalam bentuk tertimbul ataupun terbonjol keluar di permukaan perutnya di bahagian pusat.Hernia adalah bermaksud apabila dinding-dinding otot yang membendung kedudukan sebenar abdomen adalah lemah ataupun terdapat kecacatan/lubang yang memyebabkan daya tolakan di kawasan tersebut dan terhasil benjolan kerana terperangkap di bawah kulit .Namun, secara umumnya ianya tidak menyebabkan kesakitan kepada kucing tetapi ada juga yang menyakitkannya.

Antara kemungkinan puncanya terjadi begini adalah keturunannya sendiri (baka).Jika benjolan itu agak lembik dan tidak keras selalunya tidak menyakitkannya.

Tanda-tanda berikut yang ditunjukkan kucing yang mempunyai "hernia" pusat ini perlulah mendapat rawatan lanjut dari vet:
> Sakit di tempat benjolan (agak panas suhu di kawasan benjolannya)
>Kurang selera makan
>Muntah
>Kemurungan

Rawatan yang diambil adalah umumnya melibatkan pembedahan kecil di tempat benjolannya untuk menyurutkan ketumbuhannya.Sesetengah anak kucing yang terjadi ketumbuhan di pusatnya sebegini di awal umurnya akan mengalami surutan benjolan kembali kepada bentuk asal fizikal pusat perut bilamana mencapai umur 6 bulan ke atas secara semulajadi (self healing).


~Kucing yang pernah mengalami benjolan pusat ini akan berkemungkinan besar akan menurunkan "benjolan pusat perut" kepada anak-anak generasinya akan datang secara genetik~
 

4 comments:

Unknown said...

betul ke? anak kucing sy benjolan itu brtmbah besar.. betul ke self healing?sedih sgt =""(

Kucing Utara said...

elok dptkan rawatan secara klinikal

Unknown said...

kucing saya pon mcm tu..sedih sngt sbb dia sakit,pastu dia tak bg saya sentuh tempat yg benjol tu.pastu saya masukkn sedikit cuka epal dlm mknn dan minuman dia..alhamdulillah lepas 3 hari nmpak benjol tu dh mengecil pastu keluar mcm nanah dr tengah2 benjolan tu..tp sekrang lepas seminggu lebih dia dh sihat dn dah kembali selera makan..

Kucing Utara said...

terimakasih sebab kongikan tips dengan cuka epal...ilmu sebegini elok share sesama kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...