Nufnang Ads

Wednesday, October 15, 2014

20 Ringkasan Persoalan Umum Hal Kucing

1) Berapakah jangka usia/umur Kucing?
Secara puratanya kucing hidup untuk jangkamasa 12-15 tahun dan ada juga sehingga umurnya mencecah 20 tahun.
2) Baka Kucing terbesar?
Maine Coon
3) Baka kucing terkecil?
Baka Singapura
4) Apa yang kucing makan?
Kucing perlukan makanan yang mengandungi protein & karbohidrat dalam nisbah 60:40 serta juga beberapa zat/vitamin.

5) Apa yang di minumnya?
Air adalah sumber minuman baginya dan susu juga boleh diberikan tetapi hanya dari susu yang lactose free kerana kucing tidak dapat meleraikan lactose ini dan menyebabkannya cirit.
6) Apakah makanan untuk anak kucing?
Anak kucing perlukan makanan yang kaya dengan zat makanan seperti protein,calcium,taurine,Vitamin A,D dan lain-lain.Untuk memudahkan makanan khas untuk kitten adalah yang terbaik sebab sudah dibuat khas mengikut resepi kehendak mereka samada yang kering (dryfood) ataupun yang basah(wetfood)


7) Berapa kali sehari perlu memberikannya makan?
Kucing dewasa adalah 2 kali sehari (pagi & petang) dan anak kucing pula perlu diberikan lebih kerap antara 4 - 5 kali sehari.
8) Kenapa kucing menjilat bulunya?
-Untuk membersihkan bulunya yang kotor
-Menyejukkan badannya
-Membuang bulu-bulu yang mati serta meleraikan bulu kusut
-Terapi bulunya dengan air liurnya yang mengandungi perapi bulu
-Tertekan/takut iaitu menenangkan dirinya

9) Kenapa kucing suka cakar perabot dan lain-lain?
-Kucing mencakar adalah untuk membuang lapisan luar kuku-kukunya yang mati/rosak serta untuk melatihkan otot-oto kakinya.
-Sebagai tanda kawasannya
10) Bolehkah selsema kucing menjangkiti kita?
Tidak dan selsema kita pun tidak akan merebak kepada mereka
11) Bagaimana pula FIV virus kucing?
Sama ..ianya tidak akan menrebak kepada kita
12) Kurap fungus kucing?
Ya.Fungus kulat kurap kucing boleh merebak dan menjangkiti kita sebab ianya iaitu spora tersebar melalui udara.
13) Kutu kucing?
Tidak sebab kaki-kaki kutu kucing tidak boleh berpaut di rambut kita tetapi hanya boleh berpaut di bulu-bulu kucing.
14) Umur yang sesuai untuk mengambil anak kucing?
Selepas putus susu dan mula makan makanan pejal sendiri di dalam umurnya lingkungan 3-4 bulan.
15) Umur Pemandulan kucing?
Kucing boleh dimandulkan seawal usianya 3 bulan
16) Kenapa kucing tidak gunakan kotak pasirnya?
-Kotor >>penuhi dengan najisnya sehingga tiada ruang
-Masalah kesihatannya (UTI) berkaitan masalah buahpinggang
-Cirit-birit
-Tanda kawasan
-Takut atau tertekan
17) Kenapa kucing mudah cirit?
Perut kucing sensitive kerana enzimnya lebih kepada penyelerai/penghadaman protein dan setiap makanan baru yang dimakan perlu keserasian.

18) Kenapa kucing menjilat kaki hadapan sambil menyapu mukanya selepas makan?
Kucing berbuat begini adalah untuk membersihkan kesan-kesan makanan yang dimakannya untuk elakkan dapat dikesan oleh musuhnya.
19) Kenapa kucing tidak timbus najisnya sendiri?
Ada antara kucing jantan suka berbuat begitu kerana ini adalah untuk tunjukkan kuasanya dan melantik dirinya sebagai ketua.
20) Kenapa kucing suka tidur?
Kucing menghabiskan masa sehariannya 12-16 jamsehari untuk tidur dan anak kucing pula 18-20jam sehari.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...