Nufnang Ads

Monday, November 3, 2014

Kenapa Kucing bersifat Garang

Kucing secara fizikalnya adalah dikategorikan sebagai bertubuh kecil dan sebarang benda hidup yang lebih besar daripadanya dianggap sebagai ancaman ataupun musuhnya yang mana berkemungkinan mengundang kecederaan ke atas dirinya.Inilah salah satu tindakbalasnya secara spontan melalui tunjukdiri dalam kegarangan untuk menakut-nakutkan pihak lawannya.

Antara puncanya menjadi garang
>Kucing yang dibesarkan tanpa kehadiran manusia/kita membelainya
>Kucing terbiar yang hidup sendiri dan pernah dipukul ataupun diserang haiwan lain
>Kucing yang dibela sendirian dari kecil dan belum pernah berjumpa/bersosial dengan kucing lain
>Kucing yang di kurung dan tidak pernah keluar
>Kucing yang sakit
>Kucing yang mengawal kawasannya sendiri/tidak suka diceroboh(selalunya kucing jantan dan kehadiran kucing jantan lain akan mengugat kedudukannya)
>Pepindahan ke tempat baru
>Ketakutan
>Kerap dipukul/dibuli secara fizikal yang menyebabkan kesakitan kepadanya
**Ada juga baka-baka kucing yang dilahirkan secara semulajadinya(genetic) bersifat garang.**


Tingkahlaku ketika Ketakutan dan berkemungkinan menjadi garang
>Merangkak senyap
>Bergerak perlahan-lahan serta bersedia untuk menerkam
>Merenung tajam
>Mengecilkan anak matanya
>Meleperkan kedua-dua telinganya ke arah belakang
>Menegakkan ekornya
>Membunyikan "hisss"
>Bulu-Bulu di belakangnya menegak
>Mengeluarkan Kuku
>Menunjukkan gigi taringnya
>kencing pancut oleh kucing jantan di beberapa tempat(Kucing betina juga berbuat begitu bilamana ketakutan)
dan lain-lain lagi punca yang membolehkannya menjadi takut

Atasi & Redakan kegarangannya
>Antara punca utama yang menjadikannya garang adalah disebabkan ketakutan dan menjadikannya lebih agresif dalam tindakbalasnya.Kita perlu mengurangkan punca-puncanya menjadi takut adalah langkah terbaik yang boleh mengurangkannya garang.
>Elakkan dari membuatkannya terkejut
>Biarkannya bersendirian ketika garang dan tiada gunanya memujuk kucing ketika garang
>Kenalpasti puncanya menjadi garang dan cuba atasi sebaik mungkin untuk elakkannya berulang.


 

2 comments:

Nadia Hassan said...

Saya nak tanya. Benarkah ibu kucing akan kurang garang dan tidak terlalu sensitif setelah anaknya besar?

Kucing saya sensitif pd gerak gaya saya. Dia x boleh tgk saya angkat tangan dgn telapak ke bawah. Dia akan serang, cakar dan gigit saya. Saya sedih dan murung sbb ni.
Jd saya terpaksa kurung dia dan anak2 nya yg baru 2 bulan bila saya ada di rumah. Saya pergi kerja, baru sayta lepaskan dia dlm rumah. Dan masuk sangkar semuanya bila sy balik rumah.

Sblm ni mmg sy dah kena serang sbb dia salah faham kat saya. Ada kucing lain tersepit dan jerit. Sy baru nak tolong kucing lain tu, terus ibu kucing tu serang saya.

Sy jd trauma dan sedih akan hal ni.

Mohon pencerahan. Terima kasih.

Kucing Utara said...

Rasanya dia menjadi garang sebegitu kerana bersikap protective dan umumnya jika dia sendiri pernah mengalami kesakitan secara fizikal samada diserang/dipukul dll..lebih baik tidak dikurungkan bilamana anda ada di rumah bersama-samanya untuk membiasakan dirinya dgn kehadiran anda & akhirnya berkongi ruang dgnnya dan ini mengambil masa juga utk keserasian,ini kerana kucing lebih selesa kawasn yg didiaminya tidak dicerobohi.Jika dikurung ketika anda dirumah seolah2 mencerobohi kawasannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...